View: 2433|Reply: 0
|
CERITA PENDEK: Kenyang di siang hari
[Copy link]
|
|
Di tepi taman KLCC, Elaine dan Bakar sedang berehat sementara menunggu waktu rehat tengahari tamat. Setengah jam lagi sebelum mereka masuk balik ke pejabat.
'Bakar, you raya kat mana nanti?' tanya Elaine.
'Kat KL ajelah. Aku tak pergi mana-mana. Eh, kau dah makan tak? Kalau belum baik kau makan cepat-cepat. Tak payah temankan aku. Atau pun kau hari ni saja nak join aku puasa sama-sama' usik Bakar.
'Dah makan dah. Kesian jugak tengok you duduk sorang-sorang kat sini masa lunch' balas Elaine.
Tiba-tiba mereka melihat dua orang anggota polis berbadan gempal sedang meronda di kawasan taman itu.
'Kau tau tak, diorang tu time siang hari pun sentiasa kenyang?' ujar Bakar.
'Kenyang macam mana? Mereka tak puasakah?' tanya Elaine.
'Puasa. Tapi mereka kenyang bukan dengan makanan' jawab Bakar.
'Habis tu?' Elaine kehairanan.
'Kenyang makan rasuah' Bakar membalas sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
'Sad but true..' Elaine terus diam seribu bahasa
TAMAT
PENGAJARAN: Rasuah itu adalah TETAP SALAH tak kira sama ada pada bulan Ramadan atau pun bulan-bulan yang lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|