View: 130|Reply: 0
|
MDeC, Media Prima jalin kerjasama
[Copy link]
|
|
Usaha sama komersialkan hasil karya syarikat tempatan berstatus MSC\rMULTIMEDIA Development Corporation (MDeC) bekerjasama dengan Media Prima Bhd bagi memberikan peluang kepada syarikat berstatus MSC Malaysia mengkomersialkan hasil karya masing-masing di pasaran tempatan serta luar negara.\r\n\n\n\n\r Menerusi kerjasama itu, Media Prima akan menawarkan platform kepada usahawan teknologi mempersembahkan hasil karya mereka menerusi saluran televisyen di bawah naungan kumpulan itu, iaitu TV3.\r\r\n\n\n\n\n Ketua Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, berkata kerjasama itu adalah antara usaha MDeC mempercepatkan pertumbuhan industri kreatif di negara ini, di samping melahirkan lebih ramai usahawan teknologi tempatan bertaraf dunia dalam industri itu.\rBeliau berkata, ketika ini banyak syarikat MSC Malaysia menghasilkan produk animasi tetapi tidak dapat dikomersialkan kerana tidak menepati kualiti piawaian global.\r“Menerusi kerjasama ini, MDeC akan menyenaraikan syarikat tempatan yang mempunyai produk animasi yang berpotensi untuk dikomersialkan kepada Media Prima, manakala Media Prima akan menentukan produk yang layak untuk dikomersialkan,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi kerjasama itu di Petaling Jaya, semalam.\rBadlisham menjelaskan, syarikat berstatus MSC Malaysia yang dipilih juga layak untuk memohon dana ditawarkan MDeC bagi meningkatkan kualiti produk masing-masing.\r\n\n\n\n\rKatanya, kerjasama itu juga sejajar usaha MDeC menggandakan pendapatan keseluruhan yang dicatatkan syarikat MSC Malaysia ketika ini yang melebihi AS$200 juta dalam tempoh dua tahun.\rSementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar, berkata kerjasama untuk tempoh tiga tahun itu bakal menyaksikan Media Prima menjadi rakan media pilihan bagi MDeC dan syarikat MSC Malaysia.\rBeliau menjelaskan, pihaknya akan memberi bimbingan dan nasihat kepada syarikat MSC Malaysia yang terpilih dari segi kesediaan kandungan untuk disiarkan, kualiti dan sasaran khalayak.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|