View: 150|Reply: 0
|
Mydin labur RM50j di Manjoi
[Copy link]
|
|
Bina pasar raya besar di perkampungan Melayu siap April 2012\rPENGENDALI pasar raya besar Mydin, Mydin Mohamed Holdings Bhd, memecah tradisi apabila membina sebuah pasar raya besar di Gugusan Manjoi, Ipoh iaitu perkampungan Melayu terbesar di negara ini. \r\n\n\n\n\r Projek yang membabitkan belanja kira-kira RM50 juta itu unik kerana sebelum ini, pembukaan pasar raya besar Mydin lebih bertumpu di kawasan bandar atau berhampiran laluan lebuh raya utama.\r\r\n\n\n\n\n Mengulas perkembangan itu, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata kemudahan dibina di tapak seluas kira-kira 1.09 hektar berdekatan Pejabat Tanah Ipoh, di Manjoi itu dijangka siap menjelang April depan.\r“Kawasan ini dipilih kerana ia terletak di tengah-tengah perkampungan tradisional dan mampu memberikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan di kawasan sekitar.\r“Kita juga menyediakan peluang kepada anak tempatan untuk menjadi usahawan dengan menyediakan 18 lot perniagaan di dalam pasar raya besar dua tingkat ini,” katanya.\rBeliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja dan taklimat pembangunan Pasaraya Mydin Gugusan Manjoi oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, di Ipoh, kelmarin.\r\n\n\n\n\rKatanya, apabila ia beroperasi kelak, pasar raya besar itu akan menyediakan 300 peluang pekerjaan langsung kepada penduduk tempatan.\rAmeer berkata, pembinaan pasar raya besar itu juga akan membantu membangunkan kawasan Gugusan Manjoi selain memberi kemuda-han tempat membeli barangan keperluan kepada penduduk setempat.\r\"Kajian terperinci mengenai kesesuaian lokasi pembinaan projek itu sudah dilakukan dan kami mendapati ia mempunyai potensi pasaran yang baik,\" katanya.\rSelain di Gugusan Manjoi, sebuah lagi pasar raya Mydin bakal dibina di Meru Raya, Ipoh, berhampiran Plaza Tol Jelapang di Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu premis Mydin pertama di bandar raya berkenaan serta terbesar di negara ini.\rProjek berkenaan membabitkan kos RM140 juta dengan keluasan binaan sebanyak 700,000 kaki persegi dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|