CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

Pil khayal ketagihan Hollywood

[Copy link]
Post time 14-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dadah bermutu rendah boleh rosakkan otakLOS ANGELES: Penggunaan \'crystal methaphetamine\' atau pil khayal kini menjadi dadah terbaru mendapat pilihan di Hollywood selepas kokain.\n\n\n\n   “Dadah itu mula diedarkan dan semakin mendapat sambutan,” kata pakar ketagihan dan penulis  Younger (Sexier) You, Dr  Eric Braverman. \n\n\n\n\n\n   “Lagipun, ia tidak perlu diimport dan mungkin boleh dibuat di rumah. Oleh itu, ia antara yang sukar untuk dikesan oleh polis atau dikawal,” katanya.Beberapa selebriti mengakui   mereka mula menggunakan dadah terbabit. Di sebalik kejayaannya, Fergie, penyanyi ‘Black Eyed Peas’, mengakui sudah ketagih dengan dadah berkenaan.Tidak lama selepas itu, anak lelaki Farrah Fawcett dan Ryan O’Neal, Redmond turut mengambil bahan berkenaan selepas pihak berkuasa menemui dadah itu di rumahnya di Malibu.Kesan kepada  ketagihan dadah khayal ini adalah ia boleh menjejaskan kesihatan dengan dahsyat. Dadah itu boleh menjejaskan keupayaan otak untuk mengawal bahagian yang mengeluarkan isyarat keseronokan dan ia boleh mengakibatkan kerosakan otak, kata Braverman.\n\n\n\nPenggunanya juga akan mendapat tenaga fizikal berterusan sekiranya terus menggunakannya. Biarpun diketahui mempunyai kesan kemusnahan yang menakutkan, ‘cyrstal meth’ masih terus mendapat tempat dalam industri hiburan.“Sering kali banyak tekanan untuk mempertahankan hubungan Hollywood dan ‘crystal meth’ meningkatkan prestasi seksual seseorang,” kata Braverman.Alasan lain yang menjadikan dadah ini semakin popular dalam industri perfileman   disebabkan ‘meth’ yang biasanya dirujuk sebagai kokain bermutu rendah disebabkan ia lebih murah berbanding dadah lain.“Dadah ini amat murah dan dibuat daripada bahan kimia yang boleh anda dapati dari kedai ubat,” kata  pengasas dan pengarah pusat rawatan alkohol dan dadah Passages Malibu, Pax Prentiss.“Dadah paling mahal adalah heroin dan ia tidak biasa di kalangan seseorang selebriti yang mempunyai ketagihan heroin untuk membayar sejumlah AS$500 (RM1,500) sehari atau AS$200,000 (RM600,000) setahun.“Tetapi bagi dadah jenis ini, ia hanya membabitkan kos antara AS$20 (RM60) hingga AS$40 (RM120) sehari menyebabkan meth semakin diminat,” katanya. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.099123 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list