View: 7024|Reply: 11
|
Bumi pernah ada dua bulan
[Copy link]
|
|
LAKARAN artis mengenai Bumi dan dua bulan. Planet itu ditakdirkan untuk berlanggar. Tiada jalan lain. Pelanggaran besar ini berhalaju rendah. - Erik Asphaug, Saintis planet di Universiti California
Jurnal Nature kemuka teori keadaan 4.4 bilion tahun lalu
FLORIDA: Pakar astronomi berpendapat bahawa Bumi pernah dikelilingi dua bulan, suatu keadaan yang pastinya dikagumi penyair, mereka yang mabuk asmara mahupun penulis lagu.
Bagaimanapun, bulan yang lebih kecil melanggar bulan lagi satu yang disifatkan sebagai ‘percikan besar’ menghasilkan hanya satu bulan hingga hari ini.
Ahli astronomi mengetengahkan teori untuk menerangkan mengapa keadaan bahagian bulan yang jauh lebih berbukit berbanding yang berhadapan dengan Bumi.
Teori berkenaan didedahkan dalam jurnal Nature, lengkap dengan model komputer menunjukkan bagaimana ia berlaku. Pakar lain berkata, idea berkenaan munasabah tetapi belum cukup kuat.
Semua ini dikatakan berlaku 4.4 bilion tahun lalu sebelum ada kehidupan di Bumi untuk melihat dua bulan itu. Kedua-dua bulan itu juga masih muda selepas terbentuk kira-kira 100 juta tahun lebih awal apabila sebuah planet gergasi melanggar Bumi.
Kedua-dua bulan itu mengelilingi Bumi dan terbit di langit bersama, yang lebih kecil mengikuti bulan yang lebih besar.
Bulan yang lebih kecil agak ringan sedikit, manakala yang satu lagi tiga kali lebih lebar dan 25 kali lebih berat, manakala gravitinya juga lebih kuat berbanding yang kecil.
“Planet itu ditakdirkan untuk berlanggar. Tiada jalan lain. Pelanggaran besar ini berhalaju rendah,” kata penulis bersama kajian, Erik Asphaug, saintis planet di Universiti California, Santa Cruz.
Apa yang dikatakan Asphug sebagai pelanggaran perlahan sebenarnya berlaku pada kelajuan lebih 8,050 kilometer sejam.
Disebabkan bulan lebih kecil lebih 965 kilometer lebar, proses pelanggaran berterusan untuk beberapa lama.
Asphaug menyamakan bulan lebih kecil itu bertindak seperti sebutir peluru yang ditembak dengan berkata: “Orang akan bosan melihatnya kerana ia mengambil masa 10 minit bagi peluru itu untuk terbenam dalam bulan. Jika anda menyaksikan perkara ini, anda perlukan sebuah beg bertih jagung yang besar untuk menunggu ia terhenti.”
Batuan dan kerak dari bulan kecil melayang dan bertaburan di bulan yang besar tanpa membentuk satu kawah, kecuali ia berlaku pada kepantasan lebih tinggi.
Kira-kira sehari selepas itu, semuanya selesai dan permukaan dekat dan jauh bulan kelihatan berbeza, kata Asphaug.
Martin Jutzi dari Universiti Bern di Switzerland berkata, kajian itu untuk menerangkan keadaan permukaan berbukit di bulan.
Asphaug menjelaskan, keadaan di situ seperti sesuatu ditambah pada permukaan. – Agensi
Kalo 2nd moon tu still exist, sure view pada waktu malam teramat menarik ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada 2 bulan, apa plak effect ke atas kejadian pasang surut di bumi? |
|
|
|
|
|
|
|
saintis( NASA geologist) Dr. Robin Brett penah mengatakan bahwa, sepertinya lebih mudah menjelaskan mengapa moon x hada daripada mengapa hada moon.?
jgn ckp pasal bumi suatu masa dolu dolu hade 2 bijik moon yang maseh menjadik teka-teki....smpai laa skrg neh ramai peminat astromi maseh brtanya ngapa separuh bagian dari moon x penah hadap ke bumi. setiap kali kiter melihat bulan kiter slalu melihat permukaan yg sama, sisi laennya x penah tampak.....
kalo kowrang rajin cubak carik kat tenet pasal 11 fakta ttng misterir of the moon
----->The Moon |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ouh... lagi 1... kalu kite tengok tol2 bulan...
ade nampak bayangan seseorang nga solat...
(out of topic jap)
bayangan nga solat tu menandakan betapa jauhnye nak kiamat...
dulu aku ade bace artikel.. bayangan solat nga tahyat akhir dah..
maknanye memang nga akhir zaman la ni...
korang ade nampak x? |
|
|
|
|
|
|
|
Yep...rupa kawah2 kat bulan tu mmg macam orang tengah tahiyat akhir....dari aku bebudak dah perasan.... |
|
|
|
|
|
|
|
bayangan bulan tu mcm solat tahiyat akhir..
nti bertukar tengah kasi salam.. itu nak hampir kiamat la tuuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
I know all those lunar marias....it's just my eyes that intepret them as someone doing his final tahiyat |
|
|
|
|
|
|
|
alphawolf posted on 1-3-2012 09:59 AM
Yep...rupa kawah2 kat bulan tu mmg macam orang tengah tahiyat akhir....dari aku bebudak dah perasan. ...
aku pulak tgok mcm bentuk arnab
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye dulu bulan ada dua..satu daripadanya ialah senjata pihak Vok yang kemudiannya dimusnahkan Maximals masa Beast Wars...heheh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|