Post Last Edit by serulingsenja at 13-8-2011 10:21
Reply 1# serulingsenja
Kalau sebelum ini nombor plat kenderaan seperti gambar di atas adalah yang termahal iaitu TAY 1, selepas ini gelaran nombor plat termahal akan berpindah milik. Siapalah agaknya gerangan yang memakai nombor plat tersebut?
Sekali tengok harganya, berpeluh juga sekejap. Individu-indivdu yang gilakan nombor plat kenderaan yang cantik dan ada “ong” memnag tak kisah setakat harga minyak naik 5 ker, 15 ker, harga barang naik ker. Yalah nama pun orang kaya, harga nombor plat pun dah sama macam harga rumah sebuah. Orang kaya, cara berbelanja pun macam orang kayalah kan. Takkanlah pakai kereta Bently beli mahal-mahal, pakai nombor yang seakan Yamaha Ego?
Harga tender nombor plat pendaftaraan kenderaan “MCA 1” RM300,100
Nombor plat pendaftaran kenderaan “MCA 1” telah ditender pada harga RM300,100 dan merupakan tawaran tertinggi untuk nombor plat di negara ini, setakat ini. Kementerian Pengangkutan berkata, sebelum ini harga plat pendaftaran tertinggi ialah “TAY 1” yang ditender pada harga RM242,000 dan “TAN 1” sebanyak RM200,900.
“Pada masa sama, nombor pendaftaran kenderaan “MCA 2” turut ditender dengan harga RM101,000 dan “MCA 8” pada harga RM88,168.00. “Manakala “MCA 888” mendapat tender terbanyak dengan 15 bidaan dan ia ditawarkan pada harga RM15,400,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan. – Utusan
Kalau sebelum ini kecoh berkenaan nombor plat kenderaan MCA ini apabila timbul isu kononnya ia sdah pun dibolot oleh orang-orang MCA. Benarkah?Mari semak semula laporan akhbar pada bulan September 2010 lalu : - 20 September 2010 – Ada laporan mengatakan nombor plat kenderaan berhuruf ‘MCA’ yang bakal didaftarkan tidak lama sudah kehabisan sebelum ini. Ini disebabkan desakan ahli-ahli parti MCA supaya mereka diberi keistimewaan untuk memiliki nombor berkenaan sekali gus menyebabkan kementerian berkenaan menyerahkan kesemua nombor pendaftaran bermula daripada MCA 1 hingga MCA 9999 kepada parti terbabit.Malah cakap-cakap mengenai perkara itu mengaitkan kononnya bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menggunakan kuasa vetonya untuk mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membekukan penjualan nombor pendaftaran itu agar dikhususkan kepada MCA. Tetapi beliau menafikannya.
- 21 September 2010 – Isu nombor plat kenderaan berhuruf ‘MCA’ bertambah hangat apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menunjukkan bukti bahawa terdapat individu yang cuba mengehadkan nombor plat dengan huruf tersebut kepada golongan tertentu sahaja dan beliau menunjukkan surat bertarikh 17 Februari 2010 yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang mahu nombor plat berhuruf ‘MCA’ tidak dibuka kepada tender awam. Surat tersebut ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan dan isi kandungannya adalah seperti berikut. Sekali lagi Datuk Seri Ong Tee Keat menafikannya.
- 22 September 2010 – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan (gambar) mengesahkan beliau pernah menerima surat yang meminta agar nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula dengan MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada awam.
- 23 Disember 2010 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran nombor pendaftaran kenderaan siri “MCA 1″ hingga “MCA 999″ bermula 8 pagi (24 Disember 2010 dan berakhir 12 tengah hari 14 Disember 2010.Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata orang awam yang berminat bolehlah memasukkan tawaran itu ke dalam peti tawaran di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, Kompleks JPJ Bukit Katil, Melaka. Borang Tempahan Nombor Pendaftaran (M.V 10) boleh didapati di pejabat JPJ Negeri/Cawangan atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPJ (www.jpj.gov.my).
- 24 September 2010 – Kementerian Pengangkutan akan mengemukakan notis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan arahan surat oleh pihak kementerian sebelum ini agar tender nombor pendaftaran kenderaan iaitu MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada orang awam.
P/S : Akhirnya siapa yang untung? JPJ juga. Agak-agaknya berapa kutipan terkumpul bagi nombor plat kenderaan MCA-MCA9999? PP/S : Nampaknya masih ramai lagi di luar sana yang sanggup membeli nombor plat dengan kombinasi tertentu dan maksud yang tersirat, sehingga berhabisan keluar puluhan ribu dan hampir sekali ganda harga sebuah kereta, ada apa pada nombor plat kenderaan seperti ini? -BeritaSemasa-
|