CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5272|Reply: 22

Tak kenal maka tak cinta

[Copy link]
Post time 11-8-2011 11:27 AM | Show all posts |Read mode
..semoga aku post di thread yang betul..
Korang pernah tak rasa menyampah dengan orang-orang yang cepat nak menghukum dan membuat kesimpulan dengan sedikit info yang ada? dan juga yang suka buat generalisation tentang sesuatu perkara tersebut?

Contoh kan, orang tengok seorang lelaki yang ada everything, ada kerja yang mantap, ada rupa, ada aset yang cukup lengkap tapi tak kahwin lagi walau sebenarnya nampak macam dah mampu je nak ada keluarga sendiri. Kalau orang yang tak kenal lelaki tu mesti akan cakap lelaki tu jenis taste yang tinggi sebab tu tak kahwin-kahwin lagi. Tapi pernah tak korang fikir sebelum korang cakap macam tu korang nak kenal lelaki tu dulu. Mungkin dia tak kahwin sebab dia pernah ada pengalaman teruk masa bercinta ke, atau sebab dia nak tanggung keluarga dia ke, atau memang jenis workaholic yang tak sempat nak cari calon isteri. Mungkin je lah.

Contoh lain, kau tengok dia kerja sebagai seorang doktor. Dalam kepala terus terbayang, " Owh doktor, mesti duit banyak ni". Sebab itu yang selalu korang dengar, doktor, engineer, gaji mesti banyak. Tapi pernah tak tahu apa disebalik duit gaji yang perlu mereka bayar? nak bayar pinjaman masa belajar ke, nak tanggung family ke, atau apa je lah. Pernah tak fikir yang disebaliknya tu?

Dan yang lain, contohnya orang selalu cakap, " Ala, jadi cikgu ni senang, cuti pun gaji jalan". Tapi korang pernah tak hidup dengan cikgu yang sebenar? korang tahu ke "senang" nya nak jadi cikgu tu? Korang tahu tak masa cuti pun ada kerja yang cikgu kena buat? Tapi yang korang nampak adalah, bila budak tak menjadi salahkan cikgu yang takde minat nak jadi cikgu dan mengajar entah apa-apa, nampak cikgu yang balik awal tapi tak nampak lepas tu dia p sekolah semula ke apa. Ok, ni contoh je lah.

Pernah tak korang fikir sebelum buat kesimpulan tu, korang kaji dulu sebelum nak buat apa-apa kenyataan. Janganlah sebab sedikit perkara yang korang nampak, itu yang korang pegang sampai bila-bila. Lepas tu mula nak mengata orang tak tentu pasal.

Haih, entahlah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 11:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by jazaa1 at 11-8-2011 11:37

Ni nak meluahkan rasa tak puas hati atau nak berleter pepagi buta ni?.....:@

Pada aku senang je......

TAk KENAL MAKA TAK CINTA
DAH KENAL LAGI TAK CINTA.......




P/S:  Ni aku khusus kan untuk orang lah....kalau kerjaya tu, aku tak tau lah sbb aku tak pernah jadi cikgu, aku tak pernah jadi Engineer, Doktor,Loyar......

aku cuma ahli musik kat dapur......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 12:11 PM | Show all posts
normal la.. manusia memang macam tu, cepat sangat buat andaian diorang sendiri. ehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 12:23 PM | Show all posts
emosional tt pagi2 ni..
adakah tt slah sorg yng dianggap begitu..
pada aku la kan,manusia biasa la tu..semua bnda kalau boleh nak komen...tapi takat cakap je..takde masa plak diorang nak selidik dlm2..

contohnye:doktor...kompemla kita tak tahu dia tu ada hutang belajar sekian2...takkan la nak interview doktor tu tnye semua kan...ye dop???
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 12:43 PM | Show all posts
Tak semestinya yg berjawatan tggi suma cmtu dan tak semestinya yg berjawatan yg tak brapa tinggi adalah sebaliknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 12:45 PM | Show all posts
kan? tapi bila fikir balik, dah nama pun manusia ni bermacam ragam, karenah dan pemikiran. untuk bagi semua orang memanglah tak dapat kan?

so, redha je lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2011 12:47 PM | Show all posts
Reply 4# chintachanduri
haha, emo kan? yang hutang doc tu pun aku takdelah tahu pun. tp kakak ipar aku pernah lah cakap zaman dia belajar dulu kena berapa, tapi tak kena bayar balik pun lah. Dia study local dalam 50k (zaman dialah), zaman sekarang tataulah. dan yang study oversea aku tak pernah pula tanya berapa pinjaman diorang.


tapi itu contoh je lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 12:49 PM | Show all posts
Reply 5# ayuniaa


   yes, sebab tu aku cakap tak boleh nak buat generalisation sebab tak semestinya sama pun perangai semua orang tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 01:41 PM | Show all posts
Aku takde masalah gini... Sebab aku bukan seorang yang judgemental... Payah aku nak nilai kalau tak kenal...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 05:59 AM | Show all posts
I think thats a typical thinking..
In one way or another, we are also trapped in that particular thinking.
See around us.

Kita selalu panggil orang alim, orang jahat, orang berpelajaran, orang kaya etc?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 06:22 PM | Show all posts
Reply  chintachanduri
haha, emo kan? yang hutang doc tu pun aku takdelah tahu pun. tp kakak ipar ak ...
chempaka_57 Post at 11-8-2011 12:47



    50k je?biar btul?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 06:27 PM | Show all posts
biase la mentaliti orang....aku prnah berharap yg org yg kondem byk2 tu,cuba dia ddk kt tmpat kita..br dia tau mcm mane susahnye keadaan kita yg dorang pandang remeh tu..bnda ni pn sama mcm lelaki vs perempuan...lelaki asyik komplen je perempuan lambat pakai tudung,mekap berjam2,baju nk kena iron elok2...cuba kalau lelaki ade kt tempat perempuan,baru dorang tau cmne susah senang jd perempuan ni...perempuan pn sama..cuba letakkan diri dorang kt tmpat lelaki,br dorang tau cmne susah carik duit,tanggung semua bnda..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:10 AM | Show all posts
nobody perfect
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 01:48 AM | Show all posts
jangan la speku kalau tak kenal. kebanyakan manusia di sekeliling kita mcm.. aku setuju dgn TT, tak kenal maka tak cinta
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 05:25 PM | Show all posts
biasa la tu..manusia kan suka menilai dr luaraan..
perkara biasa..yg membezakan adalah samada nak +ve think atau -ve think
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 01:37 AM | Show all posts
bila dah kenal tergila2..hehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2011 11:18 AM | Show all posts
bila dah kenal tergila2..hehhe
nazadiyah Post at 25-9-2011 01:37

lepas tergila2 ?? apa plak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 01:43 PM | Show all posts
dah gila, tak sabar bersua
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 02:16 AM | Show all posts
itulah istimewa nya makhluk ciptaan Allah. diciptakan setiap sorang tu berbeza2 supaya saling memahami, saling mempelajari etc. mana yang baik, kite ikut. yang buruk, jauhi la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 02:49 PM | Show all posts
Kita manusia ni masing2 ada 1st impression terhadap sesuatu perkara, kan. Bagus contoh2 yg tt bagi tu. Memang betul.

Setiap manusia ni xboleh nk terlepas drpd bfikir tentang apa yg kita lihat @ nampak.

Kalau sesuatu perkara tu x bersangkut paut dgn kita, x kisahlah nk anggap apa pun as long pemikiran kita tu x menyusahkan @ menjejaskan.

But when it comes to something yg perlu kita tahu hal sebenar, KENALAH BERTANYA @ SIASAT lebih lanjut supaya x salah faham.

Masing2 ada hak untuk menilai dan apabila melibatkan perkara2 yg penting, nilailah dengan sebaik2nya..dengan mata..dengan hati..dengan akal..

Kita x mampu nak explain kat semua orang tapi perlu explain apabila keadaan mendesak & melibatkan mereka yg perlu tahu akan hal tersebut..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.082874 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list