|
Program RORO bantu peruncit\rCHEVRON Malaysia Ltd (Chevron) kini mempertingkatkan prospek perniagaan dengan menyediakan peluang lebih meluas kepada rakan runcitnya melalui program Milikan Peruncit, Dikendalikan Peruncit (RORO) yang diperbaharui.\r\n\n\n\n\r Program itu bertujuan memberikan peruncit lebih milikan kepada perniagaan dan lebih kelonggaran dalam memilih perniagaan sampingan seperti kedai serbaneka, francais atau yang sesuai dengan keperluan di kawasan sekitar.\r\r\n\n\n\n\n Pengerusi Negaranya, Jeremy Oh Beng Chuan, berkata sejajar dengan kempen jenama dan imej stesen lebih segar yang dilancarkan baru-baru ini, program itu membolehkan Chevron dan peruncit Caltex memberikan khidmat lebih baik kepada pelanggan dan memperoleh pengembangan perniagaan lebih kukuh.\rBeliau berkata, melalui program itu, peruncit akan mempunyai capaian kepada perunding perniagaan runcit berdedikasi, program pemasaran, rangkaian bekalan yang boleh diharap, sokongan proses perniagaan dan sistem perniagaan runcit terkini.\r“Program ini akan membolehkan peruncit dan bakal peruncit meningkatkan nilai jenama berkelas dunia dan mempelajari daripada pakar ke arah perniagaan menguntungkan sekali gus menterjemahkan peluang kepada potensi pulangan lebih tinggi,” katanya di Kuala Lumpur, petang semalam.\rUntuk menjalankan perniagaan melalui program itu, bakal peruncit perlu mempunyai tanah berkeluasan sekurang-kurangnya 40,000 kaki persegi, modal pelaburan sekurang-kurangnya RM2 juta, termasuk pembinaan bangunan, kemudahan, kos peralatan dan modal pusingan.\r\n\n\n\n\rPada masa ini, terdapat sebanyak 429 stesen Caltex di seluruh negara dengan 60 peratus daripadanya dimiliki peruncit dan pemasar jenama.\rSementara itu, Beng Chuan berkata, Chev-ron mematuhi jadual dalam menawarkan minyak biodiesel B5 seperti yang diarahkan kerajaan di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur pada 1 November ini.\rBeliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah membekalkan biodiesel B5 kepada 29 stesen di Melaka dan Negeri Sembilan manakala sebanyak 79 stesen lagi akan dibekalkan dengan B5 menjelang November ini.\r“Chevron berjaya memastikan pelaksanaan B5 di seluruh wilayah Tengah. Sejajar komitmen kami ke arah minyak berkualiti, minyak B5 kami turut dilengkapi kuasa pencuci yang sudah terbukti iaitu TechronD,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|