CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Saleh setuju tidak pulang

[Copy link]
Post time 9-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Yaman takut terima nasib seperti Hosni MubarakDUBAI: Amerika Syarikat berjaya memujuk Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh supaya tidak pulang ke negaranya, lapor akhbar Asharq al-Awsat, semalam ketika bantahan berterusan terhadap pemerintahannya selama 33 tahun.\rAkhbar itu memetik sumber Amerika sebagai berkata, Washington berjaya mendesak Saleh, 69, untuk membatalkan niatnya sebelum ini untuk pulang dan mengadakan dialog.\r\n\n\n\n\rMereka berkata, Saleh dipengaruhi nasib yang menimpa bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diletakkan dalam kandang besi ketika dibicarakan atas tuduhan membunuh dan rasuah di Kaherah, minggu lalu.\r\r\n\n\n\n\nLaporan itu menyusul keputusan pihak berkuasa Arab Saudi  menolak permohonan Salleh untuk pulang ke negara asalnya bersama satu pasukan perubatan selepas menjalani rawatan di sebuah hospital Saudi.\rSaleh dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu selepas lebih dua bulan menjalani rawatan kerana kecederaan yang dialami akibat serangan terhadap istana di Sanaa.\rSaleh dilaporkan ditempatkan di sebuah kediaman kerajaan Saudi di Riyadh sehingga beliau benar-benar sembuh, kata agensi berita Yaman, SABA.\rTetapi, seorang pegawai Yaman yang lain tetap percaya Saleh akan pulang apabila berkata, presiden akan terus berada di Riyadh buat masa ini kerana beliau masih lagi berada di bawah pengawasan perubatan.\r\n\n\n\n\r“Kami tidak tahu bila beliau akan kembali ke negaranya tetapi mungkin tidak lama lagi dengan izin Tuhan,” kata pegawai terbabit.\rKetiadaan Saleh selama lebih dua bulan di Yaman lebih menambahkan ketidakstabilan dan tidak menentu di negaranya yang disifatkan paling miskin di kalangan dunia Arab. Ada kebimbangan bahawa kepulangan beliau akan lebih mengundang  rusuhan berterusan terhadap Yaman yang sememangnya dalam keadaan tidak stabil itu. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.162939 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list