CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Contador buka langkah

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mulakan asakan buru jersi kuning di  peringkat ke-16\rGAP: Juara bertahan Tour de France, Alberto Contador memulakan asakan memburu jersi kuning dengan serangan yang tidak disangka-sangka pada peringkat ke-16 jelajah itu yang dimenangi pelumba Garmin dari Norway, Thor Hushovd kelmarin.\r\n\n\n\n\r   Hushovd menewaskan rakan senegara yang mewakili pasukan Sky, Edvald Boasson Hagen untuk meraih kemenangan peringkat kali kedua tahun ini selepas kayuhan diselangi dengan hujan sepanjang 162.5km dari Saint-Paul-Trois-Chateaux.\r\r\n\n\n\n\n   Pelumba Perancis yang mewakili Europcar, Thomas Voeckler masih mengekalkan jersi kuning pendahulu tetapi dia dan pasangan adik-beradik Leopard, Andy dan Frank Schleck kehilangan masa kepada Contador dan pelumba Australia yang mewakili BMC, Cadel Evans.\rEvans, naib juara dua kali menamatkan kayuhan 4 minit 23 saat di belakang Hushovd untuk merapatkan diri di tangga kedua keseluruhan, hanya 1:45s di belakang Voeckler.\rContador dan rakan senegara yang mewakili Euskaltel, Samuel Sanchez melintasi garisan penamat 3 saat kemudian manakala Voeckler dan Frank Schleck berada di dalam sekumpulan 14 pelumba  tiba 18 saat selepas itu.\rContador berkayuh dengan kecederaan lutut kanan yang dialami selepas beberapa insiden kemalangan pada minggu pertama hingga memaksanya mengubah gaya duduk ketika berkayuh bagi mengurangkan kesakitan.\r\n\n\n\n\rTetapi pelumba Sepanyol itu mempamer asakan terbaiknya ketika pendakian sepanjang 9km di Col de Manse yang terletak 11km dari penamat. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.731954 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list