CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Batista kekal teraju Argentina

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BUENOS AIRES: Argentina mengumumkan mereka akan mengekalkan Sergio Batista sebagai jurulatih skuad kebangsaan sekalipun pasukan itu tersingkir awal di Copa America.\rJuara 14 kali itu tewas kepada Uruguay di suku akhir menerusi sepakan penalti penentuan, kini mahu memburu kejuaraan kali ke-15.\r\n\n\n\n\r   Tetapi pengarah perhubungan Persatuan Bola sepak Argentina (AFA), Humberto Grondona yang juga anak kepada presiden, Julio Grondona, berkata persatuan itu masih menaruh kepercayaan terhadap tokoh yang menggantikan Diego Maradona secara rasmi enam bulan lalu.\r\r\n\n\n\n\n   “Tidak akan ada rombakan drastik – kami tidak terfikir langsung ke arah itu,” kata Humberto Grondona menerusi wawancara dengan Radio La Red.\r“Staf teknikal perlu mempunyai asas kukuh sebelum membuat rumusan daripada kegagalan di Copa dan menamatkan impian untuk mengakhiri kemarau sejak 1993. Masa depan terletak di tangan kita – kelayakan (Piala Dunia 2014),” katanya.\rGrondona dikritik  pihak akhbar kerana tidak mengenali barisan terbaiknya – malah dia menggugur dan mengganti pemain sebaik permulaan hambar tetapi ia masih belum cukup untuk mengelak kekalahan kepada Uruguay apabila Carlos Tevez terlepas sepakan penalti, sekali gus membolehkan Uruguay ke separuh akhir bertemu Peru.\r“Batista perlu ‘melindungi diri sendiri dan melihat pemain mana yang tidak berfungsi,” kata Humberto. “Kita harap dia akan berubah,” katanya lagi.\r\n\n\n\n\rMaradona, yang disingkirkan selepas Argentina dibenam Jerman pada suku akhir Piala Dunia, juga dikritik kerana menggunakan terlalu ramai pemain tetapi tidak mempunyai hubungan yang baik dengan presiden AFA.\r“Daripada sudut sukan (Copa) tidak begitu bagus tetapi ada tugas yang lebih penting pada peringkat kelayakan nanti.”\rArgentina dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Romania di Bucharest, 10 Ogos depan dan berdepan Venezuela dalam perlawanan pertunjukan di India, sebelum bertemu Nigeria di Bangladesh pada  September. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.182092 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list