View: 159|Reply: 0
|
Zulfadli ikrar setia bersama KLRC
[Copy link]
|
|
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) harus sudah boleh berhenti daripada terus memujuk dan memikat Zulfadli Zulkifli menyertai mereka selepas pemain muda berbakat itu semalam menegaskan hasratnya untuk terus kekal bernaung di bawah KLRC.\rZulfadli, 18, yang memahat sejarah menjadi pemain pertama yang menjuarai acara perseorangan lelaki Remaja Asia di Lucknow, India baru-baru ini menegaskan dirinya masih setia dengan kelab yang diasaskan Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow itu. \r\n\n\n\n\r “Saya akui dipujuk beberapa kali pegawai BAM, tetapi buat masa ini saya tidak bercadang menerima tawaran badan induk itu kerana KLRC sudah banyak berkorban dalam menjaga dan membentuk saya hingga berada di tahap sekarang.\r\r\n\n\n\n\n “Malah, saya terharu dengan sokongan dan perancangan rapi dibuat KLRC khusus untuk saya, sekali gus membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka bagi memastikan impian saya menawan dunia satu hari nanti tercapai,” katanya.\rZulfadli yang berlepas ke Surabaya, Indonesia hari ini bagi menyertai Cabaran Antarabangsa Surabaya berkata, dia mensasarkan menjuarai kejohanan Remaja Dunia di Taiwan, Oktober nanti selepas memenangi kejohanan Remaja Asia.\r“Ini adalah penyertaan saya kali ketiga di kejohanan itu selepas dua percubaan sebelum ini tersekat di suku akhir. Saya harap kejayaan di India menjadi rangsangan terbaik untuk saya berusaha lebih gigih memenanginya, sekali gus menebus dua kekecewaan lalu,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|