CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

Ulasan Pasaran: FBM KLCI susut 10.48 mata

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kebimbangan krisis hutang negara Eropah jejas pasaran tempatan\rHARGA saham di Bursa Malaysia meneruskan arah aliran menurun ketika ditutup semalam mengikut rentak prestasi lemah di pasaran serantau dan Wall Street, kata penganalisis.\r\n\n\n\n\r  Pada jam 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 10.48 mata atau 0.66 peratus kepada 1,578.10 dengan kebanyakan 30 kaunter indeks petunjuk pasaran utama diniagakan rendah kerana tekanan jualan.\r\r\n\n\n\n\n  IK dibuka 0.89 mata lebih rendah pada 1,587.69 dan bergerak antara paras 1,574.52 dan 1,587.69 sepanjang urus niaga semalam.\rPeniaga berkata, pelabur bimbang krisis hutang zon euro dengan Itali adalah negara seterusnya yang mungkin memerlukan pakej penyelamat.\r“Terdapatnya khabar angin akan adanya mesyuarat pakej kecemasan Itali hujung minggu ini. Berita berhubung Itali itu menjauhkan pelabur jangka panjang daripada pasaran tempatan, berdasarkan kepada jumlah dagangan tipis.\r“Bagaimanapun, arah aliran menurun di pasaran ini tidak akan berlanjutan lama. Lebih banyak berita penggabungan antara Kencana Petroleum dan SapuraCrest Petroleum serta pelan induk sektor kewangan yang belum diumumkan, begitu juga dengan perbelanjaan modal Petronas, akan menyediakan penampan kepada bursa tempatan,” katanya.\r\n\n\n\n\rBeliau turut menasihati pelabur agar membeli saham mewah defensif seperti saham penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan media.\rPada penutup, Indeks Perladangan turun 59.39 mata kepada 7,850.58, Indeks Kewangan susut 95.32 mata kepada 14,884.72 dan Indeks Perindustrian merosot 33.31 mata kepada 2,845.90.\rIndeks FBM Emas jatuh 72.64 mata kepada 10,822.74, Indeks FBM ACE berkurangan 30.46 mata kepada 4,133.46 dan Indeks FBM70 turun 67.11 mata kepada 11,780.60.\rSaham rugi mengatasi untung dengan 602 berbalas 167 sementara 288 kaunter tidak berubah, 429 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.\rSejumlah 832.79 juta saham bernilai RM1.55 bilion diniagakan semalam berbanding 712.48 juta saham bernilai RM1.293 bilion pada Isnin.\rDi kalangan saham untung, Nestle naik 50 sen kepada RM47.40, Amitel Holdings menokok 20.5 sen kepada 88 sen dan CI Holdings mengukuh 19 sen kepada  RM3.70.\rSaham aktif, Time Engineering Bhd-OS kerugian 2.5 sen kepada 11.5 sen, Kencana Petroleum naik 14 sen kepada RM2.94 dan Xidelang Holdings susut setengah sen kepada 36.5 sen.\rSaham berwajaran tinggi, Maybank kerugian lapan sen kepada RM8.90, CIMB susut satu sen kepada RM8.81 dan Petronas Chemicals jatuh tiga sen kepada RM7.07.\rJumlah dagangan di pasaran utama mengembang kepada 655.99 juta saham bernilai RM1.52 bilion daripada 559.48 juta saham bernilai RM1.26 bilion pada Isnin.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE merosot 83.74 juta unit bernilai RM14.02 juta daripada 92.03 juta unit bernilai RM17.989 juta sebelumnya.\rWaran pula menokok kepada 88.58 juta unit bernilai RM18.56 juta daripada 56.64 juta unit menguasai 52.5 juta yang diniagakan di pasaran utama, produk perindustrian 100.76 juta, pembinaan 33.45 juta, urus niaga dan perkhidmatan 2.60 bilion, teknologi 7.7 juta, infrastruktur 20.57 juta, kewangan 64.88 juta, perhotelan 536,700, hartanah 94.53 juta, perladangan 157.90 juta, perlombongan 135,000, REITs 4.54 juta dan dana tertutup 108,000. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.158985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list