CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

SapuraCrest, Kencana digabung

[Copy link]
Post time 12-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
IKSB sasar wujud penyedia khidmat minyak, gas  keempat terbesar duniaINTEGRAL Key Sdn Bhd (IKSB), syarikat tujuan khas (SPV), mengemukakan cadangan mengambil alih keseluruhan ekuiti SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dan Kencana Petroleum Bhd (Kencana) dalam satu urus niaga bernilai RM11.85 bilion.\rJika menjadi kenyataan, kedua-dua syarikat itu akan digabungkan, sekali gus menjadi penyedia perkhidmatan lapangan minyak senaraian awam terbesar di Malaysia dengan jumlah aset keseluruhan mencecah RM5.98 bilion.\r\n\n\n\n\r  Kini, Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) adalah penyedia perkhidmatan minyak senaraian awam terbesar negara dengan jumlah aset RM4.93 bilion, diikuti KNM Group Bhd dengan RM3.77 bilion dan Scomi Group Bhd (RM2.46 bilion).\r\r\n\n\n\n\n  Gabungan dua syarikat itu juga akan mewujudkan penyediaan perkhidmatan minyak dan gas keempat terbesar dunia dengan saiz permodalan pasaran RM10.88 bilion, selepas Saipem dari Itali, Technip (Perancis) dan McDermott (Amerika Syarikat).\rIKSB adalah anak syarikat May-ban Ventures Sdn Bhd dan cadangan pengambilalihan itu akan diuruskan secara bersama oleh Maybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB) dan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB). \rMengulas perkembangan itu, Ketua Eksekutif Maybank-IB, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata daripada RM11.85 bilion, sebanyak RM5.87 bilion adalah jumlah yang dicadangkan untuk mengambilalih SapuraCrest, manakala bakinya iaitu RM5.98 bilion untuk Kencana. \rNilai itu mewakili harga saham SapuraCrest dan Kencana masing-masing pada RM4.60 sesaham dan RM3  sesaham, yang mana 2.5 peratus dan 7.14 peratus lebih tinggi berbanding harga kaunter itu iaitu RM4.49 dan RM2.80 sesaham ketika penutup Jumaat lalu. Kedua-dua kaunter itu digantung urus niaga semalam dan akan didagangkan semula hari ini.\r\n\n\n\n\r“Jika urus niaga itu selesai, SapuraCrest akan menerima tunai RM875 juta, manakala Kencana sebanyak RM969 juta, manakala baki pertimbangan urus niaga itu pula akan dipenuhi menerusi terbitan saham baru dalam IKSB,” katanya pada taklimat berhubung cadangan itu di Kuala Lumpur, semalam.\rTengku Zafrul berkata, pembelian itu akan diselesaikan dengan modal yang diraih menerusi gabungan terbitan saham baru dalam IKSB serta tunai. \rBeliau menjangkakan, cadangan penggabungan itu akan selesai dalam tempoh enam hingga lapan bulan dari tarikh penerimaan tawaran itu, sekali gus menyaksikan kedua-dua syarikat itu dikeluarkan dari Pasaran  Utama Bursa Malaysia.\rKatanya, penyenaraian itu akan digantikan oleh IKSB dengan Sapura memiliki 20 peratus ekuiti, Khasera (16.2 peratus), Seadrill (11.8 peratus, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (sembilan peratus), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (3.4 peratus) dan bakinya dipegang pelabur minoriti lain.\rJika cadangan itu diterima, katanya, Presiden dan Naib Pengerusi Eksekutif Sapura, Datuk Shahril Shamsuddin dan Ketua Eksekutif Kencana Group, Datuk Mokhzani Mahathir akan dilantik sebagai Pengerusi Bersama IKSB.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:10 PM GMT+8 , Processed in 1.815466 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list