CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Mercedes Bae paling mahal di Korea

[Copy link]
Post time 12-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEOUL: Kereta paling mahal didaftarkan di Korea mungkin kereta Mercedes-Benz Maybach 62 yang dibeli agensi milik aktor popular Bae Yong-joon, yang memandu sendiri kereta mewah berkenaan.\rAkhbar Korean Times melaporkan wakil parti memerintah Parti Utama Nasional, Ahn Hong-joon kelmarin memetik data kerajaan berkata, rakyat Korea memiliki secara keseluruhan 48,423 kereta import yang harganya setiap satu melebihi 100 juta won (RM283,000).\r\n\n\n\n\rAntaranya, badan korporat dan entiti sah yang mempunyai 10,466 unit, agensi bakat Bae, KeyEast memiliki kereta paling mahal Maybach 62 bernilai lebih 800 juta won (RM2.26 juta). \r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, Ahn berkata, data tidak termasuk kenderaan yang dimiliki individu. Menurutnya, masih belum jelas yang model itu menjadi juara kereta paling mahal dalam senarai walaupun Maybach 62 adalah pencabar utama.\rBae, 39, juga pelakon drama bersiri Korea yang mendapat bayaran paling tinggi di negara itu dan pelakon terkenal Asia sejak beberapa tahun lalu ketika bermulanya gelombang artis Korea atau Hallyu. \rBeliau yang masih solo terkenal dengan drama Winter Sonata, Hotelier dan Dream High itu turut popular di Jepun selepas drama lakonannya mencetuskan fenomena. Bae memegang saham terbesar dalam KeyEast.\rKenderaan kedua dan ketiga paling mahal yang dimiliki firma di negara itu adalah Maybach 62.  Taekwang Industrial dan Samsung Electronics membeli model itu dengan masing-masing berharga 796 juta won (RM2.25 juta) dan 791 juta won (RM2.24 juta), kata pembantu Ahn.\r\n\n\n\n\rTaekwang adalah firma pengeluar kasut berpangkalan di Busan iaitu pengerusinya, Park Yeon-cha mencuri tumpuan media akhir tahun 2000 berikutan skandal rasuah membabitkan bekas Presiden Roh Moo-hyun.\rPenyiasatan berprofil tinggi berkenaan berakhir apabila Roh membunuh diri pada 2009, selepas Park memberikan kenyataan. Bagaimanapun, masih timbul keraguan sama ada testimoni Park itu 100 peratus benar.\rSamsung Electronics pula adalah pengeluar utama, dunia cip memori yang pengerusinya, Lee Kun-hee dikenali kerana minatnya terhadap kereta.\rJutawan berusia 62 tahun itu sudah mempunyai satu lagi model Maybach selain kereta syarikat yang diletakkan di tempat letak kereta VIP di ibu pejabatnya di selatan Seoul.\rMaybach adalah kereta mewah kelas atasan jenama Mercedes-Benz. Ia terdapat dalam dua saiz 57 dan 62, yang mewakili lebar kereta itu dalam decimeter.\rSesetengah model yang terkenal memerlukan masa setengah tahun untuk dihasilkan kerana Maybach menawarkan pelbagai pilihan kepada pemandu supaya mereka boleh membiasakan dengan kelengkapan canggih dan pelbagai. Hasilnya, harganya juga berbeza mengikut pilihan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.223244 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list