CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Terengganu berlatih tanpa tujuh tonggak

[Copy link]
Post time 12-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SKUAD Terengganu tanpa tujuh pemain utamanya terus mengadakan latihan bagi persiapan menghadapi kempen Piala Malaysia untuk memastikan skuad Irfan Bakti Abu Salim mampu menggalas tugas penting memburu satu lagi piala musim ini.\rWalaupun tanpa Irfan Bakti kerana jurulatih Terengganu itu kini berada di tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah selama 10 hari dan dijangka pulang ke Terengganu 20 Julai ini, pengurus Datuk Che Mat Jusoh berkata, latihan diteruskan untuk memastikan tahap kecergasan pemain dalam keadaan baik.\r\n\n\n\n\r    Tujuh pemain utamanya yang diserapkan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik akan kembali menyertai latihan bersama rakan sepasukan pada akhir bulan ini.\r\r\n\n\n\n\n    “Diharap mereka yang berada bersama skuad senior dan Olimpik kebangsaan termasuk penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya akan pulang dengan lebih matang untuk membantu Terengganu nanti,” katanya.\rPemain Terengganu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan daerah di negeri itu supaya pemain tidak kehilangan rentak dan dapat mengekalkan keserasian dan persefahaman dalam permainan.\rChe Mat juga berkata, trofi Piala FA akan dibawa ke seluruh negeri bagi membolehkan peminat setia melihat piala itu dengan lebih dekat, bermula dengan daerah Besut diikuti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.978234 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list