View: 128|Reply: 0
|
Jepun jamin pengeluaran pulih
[Copy link]
|
|
JEPUN memberi jaminan gangguan rantaian bekalannya ekoran kejadian gempa bumi dan tsunami Mac lalu dijangka pulih sepenuhnya akhir bulan ini.\rKedua-dua bencana itu menjejaskan kemudahan pembuatan dan pergerakan barangan Jepun ke seluruh Asean.\rMenteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Banri Kaieda, berkata rantaian bekalan di Jepun dan di luar darinya terputus serta-merta berikutan tsunami dan ia mengambil masa dua bulan untuk dipulihkan.\r\r“Rantaian bekalan dalam proses dipulihkan sepenuhnya dengan pengeluaran disambung semula sejak dua-tiga bulan lalu.\r\n\n\n\n\n\r“Justeru, akhir bulan ini, pengeluaran dijangka kembali seperti sebelum gempa bumi,” katanya di Kuala Lumpur.\rBagaimanapun, beliau berkata, Jepun masih berdepan gangguan bekalan kuasa yang menyebabkan beberapa syarikat Jepun, memindahkan kilang mereka ke luar negara.\r“Syarikat berkenaan menyasarkan negara Asia serta Amerika Syarikat dan Eropah. Antara syarikat itu ialah yang banyak menggunakan elektrik dan memiliki teknologi tinggi,” katanya.\rMengenai kesan pemindahan itu kepada ekonomi Jepun, Kaieda berkata: “Perubahan itu lebih memberi kesan kepada kehilangan pekerjaan dalam negara dan bukan ekonomi Jepun.”\r\n\n\n\n\rKaieda tidak menjelaskan lebih lanjut butir terperinci bagaimana Jepun akan menangani gangguan bekalan kuasa. Beliau berkata: “Kekurangan kuasa adalah isu yang bakal dihadapi pada masa depan dan terdapat elemen tidak menentu.”\rSementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad, berkata perdagangan antara Jepun dan negara anggota Asean dijangka terjejas sedikit susulan gangguan rantaian bekalan dan aktiviti pembuatan di negara itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|