|
Rangkul gelaran skuasy kebangsaan buat kali kedua berturut-turutJUARA bertahan, Nicol David dan Azlan Iskandar tidak berdepan masalah untuk merangkul gelaran Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2011 buat kali kedua berturut-turut selepas 13 tahun kejohanan itu tidak diadakan.\rTurun selaku pemain nombor satu dunia, Nicol menepati ramalan apabila mudah menundukkan pemain ranking ke-23 dunia, Delia Arnold, 11-4, 11-9, 11-6 pada final dan membawa pulang RM4,000 selaku juara di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam.\r\n\n\n\n\r Nicol berkata, Delia memberikan tentangan sengit terutama pada set kedua dan percaya lawannya itu tidak tertekan dan mempamerkan aksi terbaiknya.\r\r\n\n\n\n\n “Ini adalah permulaan baik untuk saya dan saya masih ‘laparkan’ kemenangan dalam kejohanan seterusnya,” katanya yang bersedia menghadapi Terbuka Malaysia 2011, 18-23 Julai ini.\rSementara itu, Azlan yang menewaskan ‘musuh lamanya’ Ong Beng Hee pada final lelaki, berkata kejohanan itu menjadi medan pemanas selepas kali terakhir menyertai kejohanan di Terbuka Kuala Lumpur, Mac lalu.\r“Berdasarkan persembahan tadi (semalam), saya rasa sudah bersedia untuk Terbuka Malaysia di mana kejohanan itu sepatutnya menjadi kemuncak kepada program saya,” kata pemain ranking ke-10 dunia itu.\rDalam perlawanan final ulangan tahun lalu, Azlan tidak menghadapi masalah mendahului dua set awal sebelum Beng Hee bangkit memberikan saingan sengit pada set ketiga namun kemenangan memihak Azlan, 11-7, 11-5, 13-11.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|