View: 138|Reply: 0
|
Peluang ceburi perniagaan francais
[Copy link]
|
|
Pameran FIM 2011 berlangsung tiga hari turut tawarkan 500 pekerjaanPAMERAN dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 22 Julai ini, bukan saja akan mempromosikan pelbagai peluang perniagaan dalam industri francais malah menawarkan kira-kira 500 peluang pekerjaan dalam industri itu dengan 70 peratus daripadanya adalah untuk jawatan eksekutif.\rSetiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA) Muhamad Shukri Salleh berkata, pihaknya mahukan acara tahunan itu bukan saja menjadi platform pertemuan penggiat francais untuk berkongsi pengalaman, idea dan pengetahuan, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai.\r\n\n\n\n\r Berikutan itu, katanya, MFA selaku penganjur bersama pameran itu akan menempatkan sebuah kaunter khas untuk mengumpul butiran peribadi mereka yang berminat mengisi ja-watan kosong yang ditawarkan.\r\r\n\n\n\n\n “Kami mahu menjadikan FIM pameran sehenti untuk industri francais di negara ini yang mana ia bukan saja tempat untuk menimba ilmu dan mencari peluang perniagaan francais tetapi juga menawarkan peluang pekerjaan yang disediakan dalam industri itu,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur semalam.\rFIM 2011 akan dianjurkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan MFA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).\rPenganjuran acara itu adalah sebahagian usaha mempromosikan perniagaan francais bagi melahirkan lebih ramai usahawan industri itu di negara ini.\rMuhamad Shukri berkata setakat ini pihaknya telah menerima penyertaan 108 syarikat francais tempatan dan asing, yang mana 36 adalah syarikat francais baru yang majoritinya terbabit dalam perkhidmatan dan makanan.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata pihaknya menjangkakan FIM 2011 akan mencatatkan potensi jualan sebanyak RM345 juta berbanding RM327 juta yang dijana tahun lalu.\r“FIM 2011 menampilkan sedikit kelainan berbanding penganjuran FIM sebelum ini. Penganjuran kali ini menyaksikan peningkatan penyertaan syarikat francais tempatan.\r“Kami juga membawa khas pembentang kertas kerja daripada luar negara iaitu Pengasas Martha Tilaar Group of Companies Dr Martha Tilaar untuk berkongsi pengalamannya membina empayar perniagaan di Indonesia,” katanya.\rSelain itu, beliau berkata MFA juga menjemput artis tempatan yang terbabit dalam perniagaan francais iaitu Rozita Che Wan dan Rosyam Nor untuk berkongsi pengalaman mereka dalam perniagaan francais pada sesi bengkel yang akan diadakan pada 24 Julai.\r“Saya berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi FIM 2011 kerana ia adalah satu-satunya acara terbesar dalam industri francais di negara ini yang menawarkan peluang perniagaan yang boleh diterokai dalam industri itu,” katanya.\rMFA yakin dapat menarik kira-kira 10,000 pengunjung tempatan dan luar negara ke pameran itu berbanding 8,000 pengunjung tahun lalu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|