CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Nicol, Azlan tiada tandingan

[Copy link]
Post time 9-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jaguh wanita dunia temu Siti Munirah dalam separuh akhir, hari iniDENGAN semua pemain pilihan utama melepasi pusingan suku akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2011, Azlan Iskandar dan Nicol David yang turun sebagai juara bertahan tidak menghadapi masalah untuk turut sama mara ke pusingan separuh akhir yang akan berlangsung hari ini di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.\rSelepas mendapat bye pada perlawanan pertama kelmarin, Azlan yang menduduki ranking ke-10 dunia dengan mudah menumpaskan Aaron Soyza 11-0, 11-5, 11-0 dalam tempoh permainan 12 minit.\r\n\n\n\n\r “Saya beruntung dapat menewaskan Aaron dalam masa yang singkat saja namun tumpuan saya adalah lebih kepada perlawanan esok (hari ini) dengan strategi permainan untuk bermain seperti biasa biar siapa pun lawan saya. Yang penting menang untuk mendapat tempat ke final,” katanya yang akan bertemu Kamran Khan dalam pusingan separuh akhir. \r\r\n\n\n\n\n   Jaguh dunia, Nicol pula yang menumpaskan Tan Yan Xin dengan 11-4, 11-9, 9-11, 11-13 akan bertemu pemain ranking ke-47, Siti Munirah Jusoh dalam pusingan separuh akhir. Siti Munirah bagaimanapun perlu bersaing sengit menumpaskan Sharon Wee sebelum menang 11-6, 9-11, 11-4, 7-11, 11-6.\rSeparuh akhir kategori wanita hari ini bakal menyaksikan pertembungan menarik antara Low Wee Wern yang berkedudukan ranking ke-15 dunia dan Delia Arnold (ranking ke-23) selepas lebih daripada setahun tidak berjumpa dalam mana-mana kejohanan.  \r“Kali terakhir saya bertemu, Delia memenangi perlawanan itu namun kali ini saya jangkakan persaingan akan lebih sengit kerana standard permainan kami adalah lebih kurang sama,” kata Wee Wern selepas menumpaskan Zulhijah Azan 11-4, 11-4, 11-9.\rDalam satu lagi perlawanan separuh akhir lelaki, Nafiizwan Md Adnan akan bertemu dengan Ong Beng Hee apabila masing-masing memburu kejuaraan kebangsaan sebelum bersaing dalam Terbuka Malaysia pada 18 Julai ini. Nafiizwan mengalahkan Ivan Yuen 9-11, 11-4, 11-2, 8-11, 11-4 manakala Ong Beng Hee menumpaskan Choong Kam Hing 13-11, 11-4, 11-4 dalam pusingan suku akhir, semalam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.216286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list