CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Sime Darby jual 70,000 kenderaan

[Copy link]
Post time 8-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SIME Darby Motors Sdn Bhd, bahagian perniagaan automotif Sime Darby Bhd mencatat jualan sehingga 70,000  kenderaan pada tahun kewangan berakhir 30 Jun lalu, 16.7 peratus lebih tinggi berbanding sasaran 60,000 unit  yang ditetapkan sebelumnya.\rPengarah Urusannya, Datuk Lawrence Lee, berkata daripada jumlah itu, pasaran China menyumbang jualan 27,000 unit sepanjang tempoh tahun kewangan 30 Julai 2010 sehingga 30 Jun 2011.\r\n\n\n\n\r  Katanya, berdasarkan prestasi itu, syarikat yakin sumbangan pendapatan cabang operasinya di China kepada pendapatan keseluruhan syarikat, bakal meningkat melebihi 35 peratus berbanding hanya 30 peratus yang dicatat tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  “Prestasi itu sekali gus menunjukkan operasi China, yang merangkumi pasaran di tanah besar China, Hong Kong dan Macau, kekal sebagai penyumbang pendapatan terbesar syarikat sehingga kini.\r“Ia menepati jangkaan terutama selepas mengetahui keputusan suku ketiga tahun kewangan semasa iaitu apabila ketiga-tiga negara itu mencatatkan pendapatan RM4.6 bilion atau kira-kira 45 peratus mengatasi pasaran lain seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Australia dan New Zealand,” katanya di Chengdu, China, semalam.\rMengulas lanjut, beliau berkata operasi di China akan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan syarikat dan ia akan terus meningkatkan pelaburan bagi mengukuhkan kedudukan di rantau terbabit.\rKatanya, syarikat akan memanfaatkan persekitaran ekonomi rantau China yang baik dan pertumbuhan sektor industrinya  memberangsangkan bagi meningkatkan jualan kenderaan mewah dan membuka lebih banyak cawangan di beberapa bandar berpotensi.\r\n\n\n\n\r“Sumbangannya  amat ketara kepada pendapatan syarikat meletakkan ia antara keutamaan kami bagi pelan pengembangan akan datang, kami akan kukuhkan kehadiran di rantau ini dengan memperuntukkan lebih banyak pelaburan untuk membuka lebih cawangan dan membawa masuk jenama baru di China,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.426167 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list