View: 165|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Saham Tokyo cecah paras tertinggi
[Copy link]
|
|
Aktiviti pengilangan selepas bencana tsunami tingkat keyakinan pelabur Jepun\rSAHAM Asia ditutup bercampur-campur semalam, dengan Tokyo mencatat harga penutupan tertinggi sejak bencana gempa bumi 11 Mac lalu susulan keyakinan terhadap tinjauan Amerika Syarikat, bagaimanapun pengurangan penarafan hutang Portugal sedikit memberi kesan kepada sentimen pasaran. \r\n\n\n\n \r Prestasi saham Wall Street yang meningkat sedikit, selepas cuti hujung minggu yang panjang telah menyediakan sedikit hala tuju di pasaran.\r\r\n\n\n\n\n Saham Tokyo naik 1.10 peratus, atau 110.02 mata kepada 10,082.48, tertinggi dicatatkan sejak 11 Mac lalu dan kali pertama ia ditutup melebihi 10,000 mata sejak 2 Mei lalu.\rSeoul ditutup 0.44 peratus, atau 9.44 mata lebih tinggi pada 2,171.19 dan Sydney naik 0.14 peratus atau 6.9 mata kepada 4,605.\rBagaimanapun, Hong Kong susut 0.38 peratus manakala Shanghai turun 0.51 peratus. \rDi New York, indeks Dow Jones bagaimanapun susut 0.10 peratus selepas meningkat 5.4 peratus bagi lima sesi dagangan sebelum ini, iaitu minggu paling kukuhnya bagi tempoh dua tahun. \r\n\n\n\n\rMoody’s telah mengurangkan penarafannya terhadap Portugal sebanyak empat\rperingkat kepada Ba2 kelmarin dan memberi amaran ia boleh menjadi lebih rendah kerana risiko di mana negara itu memerlukan pelan penyelamat kedua selepas menerima 78 bilion euros (AS$112 bilion) awal tahun ini. \rKatanya, langkah itu juga berdasarkan keprihatinan yang meningkat sekiranya Lisbon tidak memenuhi pengurangan defisit dan sasaran menstabilkan hutang seperti mana dipersetujui dengan Kesatuan Eropah dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) bagi pelan penyelamat yang pertama. \rSaham Tokyo melonjak apabila pelabur membeli saham di bawah nilai di tengah-tengah keyakinan terhadap aktiviti pengilangan susulan gempa bumi yang melanda sebelum ini, dan mereka juga sedang meninjau ke depan bagi permulaan kepada musim meraih pendapatan, kata penganalisis.\rBagaimanapun saham Shanghai susut kerana kebimbangan kerajaan China akan memperkenalkan langkah pengurangan monetari tidak lama lagi.\rDi pasaran lain, Taipei naik 0.46 peratus atau 40.00 mata kepada 8,824.44.\rPengeluar telefon pintar, HTC meraih 3.3 peratus kepada Tw$1,095 dan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co pula ditutup rendah 0.55 peratus pada Tw$72.8.\rSaham Manila jatuh 0.92 peratus, atau 40.86 mata kepada 4,398.75.\rJollibee Foods susut 1.06 peratus kepada 88.90 pesos tetapi San Miguel Corp naik 2.36 peratus kepada 125.90 pesos.\rWellington susut 0.37 peratus, atau 12.76 mata kepada 3,460.83.\rFletcher Building susut 1.8 peratus kepada NZ$8.41 dan Telecom jatuh 0.6 peratus kepada NZ$2.49, manakala Air New Zealand berada rata pada NZ$1.13. – AFP \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|