CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Contador sukar kuasai Tour de France

[Copy link]
Post time 1-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelumba Sepanyol  akui banyak guna tenaga di Giro d’Italia Mei lalu\rMADRID: Pilihan terbaik menjuarai Tour de France 2011, Alberto Contador telah memenangi semua enam perlumbaan berbasikal Jelajah yang disertainya.\r\n\n\n\n\r      Begitupun, pelumba Sepanyol itu secara terbuka mengakui bahawa perlumbaan besar terbaru Giro d’Italia Mei lalu, memerlukannya mengerah banyak tenaga dan mungkin menjejaskan peluangnya untuk mencatat kejuaraan keempat Tour de France.\r\r\n\n\n\n\n    Pada 29 Mei lalu, Contador melintasi garisan penamat perlumbaan terakhir Giro di Milan untuk meraih kejuaraan perlumbaan itu buat kali kedua dalam kariernya dengan kelebihan enam minit ke atas pencabar terdekat, Michele Scarponi dari Itali.\rBagaimanapun, pelumba 28 tahun dari Pinto berhampiran Madrid itu terlalu kepenatan dalam apa yang disifatkannya sebagai  “perlumbaan peringkat paling sukar (dia pernah harungi)” hinggakan dia enggan mengesahkan penyertaannya di Tour de France.\rSepanjang Jun, Contador berkata prestasinya adalah mantap seperti yang dijangka tetapi dia masih merasai kepenatan daripada Giro dan “berlumba di Giro” adalah bukan satu persiapan yang bagus untuk menghadapi Tour de France.\r“Namun, apa yang membuatkan saya gembira ialah usaha sepasukan, kerana (dalam perlumbaan jalan raya) empat pelumba yang akan berlumba di Tour (untuk Saxo Bank) memberikan bantuan dengan begitu baik,” katanya kepada wartawan selepas meraih gangsa ujian masa di kejohanan kebangsaan dan perak perlumbaan jalan raya berhampiran Castellon di Sepanyol hujung minggu lalu. \r\n\n\n\n\rHasil kemenangannya di Giro, Contador boleh menjadi pelumba pertama memenangi Jelajah Itali dan Perancis pada tahun sama sejak mendiang Marco Pantani pada 1998.  - Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.159483 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list