CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Argentina membara

[Copy link]
Post time 1-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BUENOS AIRES: Tuan rumah, Argentina merasakan adalah “tanggungjawab” mereka untuk memenangi Copa America melalui pasukan yang dibina berasaskan corak permainan Lionel Messi dan tidak boleh menerima hakikat menamatkan saingan di belakang pencabar mereka, Brazil buat kali ketiga berturut-turut.\rSeteru lama itu bertemu dalam dua final terakhir kejohanan bola sepak utama Amerika Selatan itu dengan Brazil mengejutkan pasukan pilihan itu dua kali, tetapi dengan kelebihan bermain di laman sendiri di kejohanan yang berlangsung mulai hari ini hingga 24 Julai ini, Argentina berharap memenangi trofi buat kali pertama sejak 1993.   \r\n\n\n\n   \r     Tatkala Argentina memiliki Messi yang disifatkan pengganti Diego Maradona mengemudi jentera serangan mereka, Brazil mempunyai pemain pintar mereka sendiri, Neymar, potensi baru pengganti Pele, yang sudah pun membantu kelabnya, Santos memenangi Piala Libertadores pada usia 19 tahun.\r\r\n\n\n\n\n     “Adalah tanggungjawab kami untuk memenangi kejohanan,” kata jurulatih Argentina, Sergio Batista, yang meletakkan harapan tinggi terhadap Messi menggerakkan jentera serangan tengah dengan garapan strategi berdasarkan posisi bebas pemain itu di Barcelona.  \rArgentina akan membuka tirai saingannya di kejohanan itu dengan perlawanan pertama Kumpulan A menentang Bolivia di stadium Ciudad de La Plata hari ini.\rBrazil yang dilatih Mano Menezes kembali kepada asas corak permainan bola sepak negara itu dengan jolokan “permainan cantik” selepas era pragmatik Dunga, akan memulakan saingan menentang Venezuela dalam Kumpulan B di gelanggang sama Ahad ini, sebelum menuju ke Cordoba untuk menentang Paraguay dan Ecuador.  - Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047610 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list