CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

CIMB tambah premis sertai program Pay wit Points

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CIMB Bank menyasar untuk menggandakan penyertaan rakan niaganya kepada 200 menjelang akhir tahun ini menerusi Pay wit Points, program yang membenarkan pemegang kad kreditnya membayar menggunakan mata ganjaran, justeru meningkatkan akses kepada pelanggannya.\rKetua Pembiayaan Peribadi dan Bahagian Kad Kumpulannya, Yap Yoke Yuen, berkata pihaknya sedang berunding dengan pelbagai rakan niaga termasuk beberapa pasar raya besar terkemuka di Malaysia untuk mengadakan kerjasama.\r\n\n\n\n\r  “Sehingga kini kami menjalinkan kerjasama dengan  100 syarikat untuk Pay wit Points dan menjangkakan jumlah itu  terus meningkat selepas beberapa siri rundingan dengan rakan niaga lain,” katanya  selepas melancarkan program Pay wit Points di restoran KFC, di Petaling Jaya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Mengulas mengenai kerjasama program Pay wit Points dengan KFC, Yoke Yuen berkata, CIMB menyasar 30 peratus daripada jumlah jualan produk di restoran makanan segera terkemuka itu disumbangkan  pemegang kad kreditnya menjelang akhir tahun ini.\rMenerusi program itu, katanya, institusi kewangan kedua terbesar  itu menawarkan tujuh bilion mata untuk ditebus  pemegang kad kredit CIMB Bank, CIMB Islamic dan Direct Access di 525 restoran KFC di seluruh negara.\r“Kami menjangka 10 juta mata akan ditebus pemegang kad kredit yang membuat pembelian di KFC setiap bulan dengan nilai jualan  RM50,000 dengan pembelian minimum RM20 untuk 4,000 mata. Dalam masa sama, mereka  menikmati diskaun lima peratus daripada hidangan  di restoran KFC,” katanya.\rCIMB dan KFC mula menjalinkan kerjasama sejak Mei 2007 dengan menyediakan terminal kad kredit CIMB di restoran KFC bagi  kemudahan kepada pelanggan membuat pembayaran.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Pengarah Operasi Restoran KFC, Mohammad Alwi, berkata pemegang kad kredit CIMB menyumbang 22 peratus daripada purata jualan syarikat makanan segera itu daripada Januari hingga Mei berjumlah RM1 juta.\r“Kami yakin dapat menarik lebih ramai pemegang kad kredit CIMB ke restoran KFC menerusi program Pay wit Points kerana inisiatif ini menawarkan penjimatan hebat  kepada mereka, ” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.048115 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list