CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

Maria tekad halang Peng Shuai

[Copy link]
Post time 27-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Harapan terakhir China di Wimbledon, Peng Shuai berkata dia bersedia sepenuhnya berdepan Maria Sharapova (atas) apabila pemain pilihan ke-20 itu bertemu juara 2004 dari Russia pada pusingan keempat hari ini.\rShuai dan pilihan kelima, Sharapova akan bertarung merebut tempat ke suku akhir dan bekas pemain nombor satu dunia itu menyatakan kekagumannya terhadap pemain ranking kedua China yang berusia 25 tahun itu.\r\n\n\n\n\r\"Dia bermain baik di atas gelanggang rumput,\" kata Sharapova. \"Pukulannya rendah dan pantas. Kali terakhir kami bertemu ialah di Indian Wells awal tahun ini. Perlawanan itu cukup sengit. Dia mempamerkan permainan terbaiknya setakat ini. Saya pasti dia akan turun memberikan cabaran terbaiknya dan saya perlu bersedia.\" \r\r\n\n\n\n\nShuai yang memikul cabaran tunggal negaranya selepas pemain harapan, Li Na tersingkir, berkata: \"Saya perlu bersedia sepenuhnya kerana dia (Sharapova) seorang pemain yang hebat. Permainannya di atas gelanggang rumput sangat baik kerana dia tinggi dan mempunyai kekuatan dalam setiap jenis pukulan.\r\"Saya akan cuba memberi saingan terbaik. Di Indian Wells, pertarungan kami cukup sengit dan saya akan cuba untuk mengulanginya di sini. Keyakinan saya bertambah tinggi di sini kerana tahun lalu saya tidak banyak menyertai kejohanan. Tahun ini persediaan saya lebih baik hasil pengalaman daripada banyak kejohanan yang saya sertai.\"\rSharapova memenangi perlawanan suku akhir di Indian Wells dalam tiga set dan pernah menewaskan Shuai sebelum itu di gelanggang tanah liat Berlin pada 2005.  - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.446076 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list