CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Juri prejudis punca Ratu Tennessee tewas

[Copy link]
Post time 26-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Calon \'Miss USA\' tak setuju isu bakar al-Quran\rNEVADA: Siapa kisah apa yang Ratu Cantik \'Miss USA\' fikir mengenai isu kontroversi politik atau sosial? Sejak beberapa tahun kebelakangan, pengadil pertandingan ratu cantik mendenda peserta yang memberikan \'jawapan yang salah\' pada pandangan mereka.\r\n\n\n\n\r  Ahad lalu, seorang juri pertandingan Miss USA memberi soalan kepada wakil Tennessee, Ashley Durham, sama ada Pindaan Pertama Perlembagaan melindungi pembakaran artikel agama seperti ia lakukan terhadap pembakaran bendera Amerika.  \r\r\n\n\n\n\n  Durham menjawab “Tentu sekali tidak. Saya tahu sesetengah orang memberi pandangan bahawa itu adalah kebebasan bersuara. Bagaimanapun, pembakaran bendera Amerika tidak langsung menunjukkan patriotik.”\r“Anda perlu hormat agama lain juga. Saya tidak menghargai seseorang yang membakar kitab agama saya,” katanya, merujuk kepada tindakan seorang paderi Florida membakar al-Quran.\rJawapan itu menyebabkan juri yang juga seorang yang ateis (tiada agama), Penn Jillette, berang. Beliau berkata, Durham tidak sepatutnya menyarankan penarikan kebebasan.\rBeliau menyiarkan dalam  Twitter: “Gadis itu memberi pandangan menolak Pindaan Pertama Perlembagaan. Gembira kerana membantunya kalah.”\r\n\n\n\n\rSaat itu mengingatkan pertandingan Miss USA 2009, apabila penulis blog gay,  Perez Hilton mengkritik wakil California, Carrie Prejean, kerana berkata perkahwinan hanya boleh berlaku antara lelaki dan wanita.\rHilton berkata: “Beliau memberikan jawapan paling buruk dalam sejarah pertandingan ratu cantik. Ratu California kalah kerana dia bodoh.”\rDurham dan Prejean bersetuju bahawa pandangan mereka mengenai isu politik membabitkan pelbagai lapisan masyarakat menjadi punca kekalahan.\rPrejean berkata, jawapannya menyebabkan dia tidak merangkul mahkota kemenangan. “Saya sepatutnya menjawab cara lain. Saya jawab mengikut pandangan saya. Saya mengemukakan pandangan yang benar mengenai diri saya dan itu saja yang saya boleh buat.” – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.076163 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list