CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

AS tentang misi masuk Gaza

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hillary Clinton anggap usaha pro-Palestin provokasi terhadap IsraelWASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menegaskan pihaknya menentang misi kemanusiaan aktivis pro-Palestin, termasuk 10 orang dari Malaysia yang akan berlayar menaiki beberapa bot ke tebing Gaza minggu depan, berikutan ia adalah tindakan provokasi terhadap Israel.\r“Kami tidak percaya misi kemanusiaan ini perlu atau satu usaha yang berguna dalam membantu penduduk Gaza,” katanya kepada media di sini.\r\n\n\n\n\rKenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Jabatan Negara memberi amaran kepada rakyat AS agar tidak mengambil bahagian dalam misi itu.\r\r\n\n\n\n\nIsrael yang mengenakan sekatan pelayaran di perairan tebing Gaza, sebelum ini melaporkan akan menghalang kehadiran misi berkenaan.\rSeramai 10 sukarelawan Malaysia akan berlepas ke Athens, Ahad ini bagi menyertai misi Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza selama seminggu.\rPasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kedua itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.\rKira-kira 600 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari 20 negara akan menyertai misi kali ini.\r“Baru minggu ini, kerajaan Israel meluluskan komitmen yang signifikan untuk (projek) perumahan di Gaza. Bahan-bahan pembinaan akan masuk Gaza kelak,” kata Clinton).\rClinton berkata pihaknya juga merasakan misi kemanusiaan itu akan mencetuskan provokasi ketika bot terbabit memasuki perairan Gaza.\r“Ia akan mencetuskan situasi Israel perlu mempertahankan dirinya,” katanya.\rJabatan Negara AS juga berkata mereka yang menyertai misi itu boleh ditahan, didakwa dan dihantar pulang oleh pihak berkuasa Israel, yang menyatakan mereka akan menghalang sesiapa saja yang cuba melanggar larangan perjalanan dikenakan rejim itu sejak satu dekad lalu.\rSekumpulan 36 rakyat Amerika Syarikat akan menyertai misi kemanusiaan itu.\rPada 31 Mei 2010, komando Israel membunuh sembilan aktivis Turki termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat, yang menaiki kapal Turki dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.– AFP/AP/Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047696 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list