CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

IIB laksana projek ikonik dunia

[Copy link]
Post time 24-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pembangunan Pusat Inovasi Global mampu pacu pelaburan Iskandar MalaysiaISKANDAR Investment Bhd (IIB) akan melaksanakan lebih banyak projek besar yang akan membolehkan Iskandar Malaysia, iaitu wilayah pembangunan ekonomi terbesar di negara ini menjadi antara projek ikonik dunia.\rPresiden dan Ketua Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB), Datuk Syed Mohamed Ibrahim, berkata projek ikonik itu termasuk pembangunan Pusat Inovasi Global, struktur arkitektur kelas pertama, penyelesaian atau aplikasi sambungan telekomunikasi dan teknologi maklumat kapasiti tinggi.\r\n\n\n\n\rMengenai penubuhan pusat inovasi, Syed Mohamed berkata, IIB akan membentuk pakatan strategik dengan syarikat telekomunikasi dan teknologi maklumat terkemuka antarabangsa untuk membangunkan projek berkenaan di Nusajaya.\r“Kami sudah mengenal pasti beberapa syarikat utama dan yakin dapat mewujudkan Pusat Inovasi global di Nusajaya.\r\n\n\n\n\n\r“Perjanjian dengan syarikat berkenaan dijangka dapat dimeterai pada tahun ini dan kami akan membuat pengumuman mengenainya selepas itu,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.\rIIB adalah syarikat usaha sama antara Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bh yang bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bagi memacu pelaburan ke wilayah Iskandar Malaysia.\rDifahamkan, idea Syed Mohamed yang mula menerajui IIB pada Oktober lalu itu adalah untuk menjadikan Nusajaya sebuah bandar pintar dan berteknologi tinggi.\rKonsep bandar pintar adalah sebuah metropolitan yang miliki pusat data bersepadu yang mengawal secara menyeluruh aktiviti di kawasan berkenaan termasuk bekalan elektrik, air, aliran trafik, sistem letak kereta dan sebagainya.\rSyed Mohamed berkata, Iskandar Malaysia akan mula menunjukkan hasilnya pada 2012, apabila sebahagian besar projek dibangunkan siap.\rNamun, katanya, ia tidak bermakna IIB berhenti menarik pelaburan luar, malah kini wilayah itu mula menarik minat pelabur serantau berbanding pelabur Asia Barat seperti sebelumnya.\rSyed Mohamed berkata, IIB kini berbincang dengan pemaju terkenal Hong Kong untuk melaksanakan projek pembangunan bercampur secara kerjasama.\r“Antara pelabur asing berpotensi ialah sebuah syarikat pemaju dari India yang berminat membina sebuah resort mewah.”\r“Kami juga sedang berunding dengan pemaju dari China yang berhasrat membangunkan hotel empat hingga lima bintang dengan nilai pembangunan kasar RM400 juta,” katanya.\rSyed Mohamed berkata, satu lagi projek yang sedang giat dilaksanakan ialah Studio Pinewood Iskandar Malaysia yang dijangka siap pada 2013.\rIa adalah kerjasama antara Pinewood yang berpangkalan di UK dan Khazanah bagi pembangunan kemudahan pengeluaran media berkelas dunia di Iskandar Malaysia.\r“Projek berkenaan akan mewujudkan 8,000 pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya pada 2013,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.692317 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list