View: 178|Reply: 0
|
AirAsia tempah 200 pesawat RM55.18 bilion
[Copy link]
|
|
AIRASIA Bhd menempah 200 pesawat penumpang Airbus A320neo bernilai AS$18.2 bilion (RM55.18 bilion).\r“Ia adalah tempahan tunggal terbesar untuk Airbus dari segi bilangan pesawat,” kata Pengerusi Airbus, Thomas Enders semasa mengumumkannya pada pameran udara Le Bourget di Paris yang turut dihadiri Ketua Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.\r\n\n\n\n\r Tempahan itu menjadikan perintis perkhidmatan penerbangan tambang murah tempatan itu sebagai pelanggan terbesar Airbus, dengan jumlah keseluruhan 375 pesawat ditempah daripada pengeluar pesawat berpusat di Perancis itu selain 89 pesawat A320 yang sedang digunakannya.\r\r\n\n\n\n\n Tony pada awal minggu ini berkata AirAsia telah menempah 175 pesawat A320 yang akan dihantar sepenuhnya menjelang 2015, namun bagi menampung rancangan pengembangannya di Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam ia memerlukan tambahan 200 lagi pesawat.\rAngkatan 93 pesawat AirAsia kini mengendalikan 160 laluan di Asia, menjadikan kira-kira 520 penerbangan harian dari habnya di Malaysia, Thailand serta Indonesia. \rTony sebelum itu berkata, ia akan menjadi satu ‘hari yang bersejarah’ bagi syarikatnya di pameran perdagangan udara Le Bourget di utara Paris, apabila berita mula tersebar beliau akan mengumumkan pembelian pesawat yang terbesar.\r“Lihat di mana saya berada. Hari bersejarah untuk AirAsia,” kata di laman Twitter miliknya, bersama satu pautan ke gambar Eiffel Tower.\r\n\n\n\n\rSaham syarikat induk Airbus iaitu kumpulan pertahanan Eropah, EADS melonjak hampir dua peratus selepas berita tempahan pesawat oleh AirAsia itu.\rAirbus dijangka mengadakan sidang akhbarnya lewat semalam, pada hari dagangan terakhir pameran itu sebelum pintu pameran berkenaan dibuka kepada awam hari ini, sekali gus merumuskan satu minggu di mana ia menerima tempahan bernilai berbilion dolar.\rPesawat A320neo adalah model dipertingkatkan dan varian lebih cekap penggunaan bahan bakar daripada model A320 dan ia muncul sebagai pesawat paling mendapat perhatian di pameran udara Paris dengan ratusan tempahan diterima. - AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|