|
PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) meletak sasaran kelompok lima teratas pada Kejohanan Cabaran Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan, 26 November hingga 4 Disember depan.\rDiletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Kanada, Argentina dan Jepun, PHM yakin mencapai sasaran itu biarpun dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, pasukan negara dibelasah teruk handalan seperti Belanda.\r\n\n\n\n\r Selain Kumpulan B, New Zealand, Afrika Selatan, Belgium dan Poland pula berentap dalam Kumpulan A dengan semua perlawanan diadakan di Stadium Hoki Kaspersky Randburg.\r\r\n\n\n\n\n Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Maninderjit Singh berkata, perlawanan persahabatan menjadi medan ujian dan mencari kelemahan tetapi ia tidak sama dengan perlawanan sebenar yang bakal dihadapi skuad negara di Johannesburg.\r“Kita letak sasaran lima teratas kerana jika dilihat daripada segi peluang, pasukan negara mempunyai ranking (ke-15 dunia) yang lebih baik berbanding pencabar lain.\r“Kejohanan ini memberi mata ranking dan pasti pemain mahu melakukan yang terbaik. Ia menjadi antara misi PHM selain layak ke Sukan Olimpik tahun depan,” katanya, merujuk kepada skuad negara yang kini berada di Sepanyol untuk beberapa perlawanan persahabatan.\rMenurut Maninderjit, barisan Tai Beng Hai perlu diberi pendedahan dan pengalaman berharga di Eropah menjelang pengumuman undian kumpulan dalam kelayakan Olimpik, 8 November depan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|