|
Kim Swee tidak mahu pemain dibuai perbandingan dengan skuad Olimpik 1980BELUM masanya untuk memasang angan-angan ke Sukan Olimpik 2012.\rItu kata jurulatih skuad muda kebangsaan, Ong Kim Swee yang mahu anak buahnya fokus mencari kemenangan ke atas Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, sebelum mengimpikan kejayaan lebih besar.\r\n\n\n\n\r “Biar pemain melepasi halangan satu persatu dulu, dan selepas layak ke peringkat kelayakan kumpulan, barulah kita boleh letakkan sasaran itu,” kata Kim Swee pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam. \r\r\n\n\n\n\n Skuad kendalian Kim Swee di landasan terbaik untuk mengulangi kejayaan skuad Olimpik 1980 yang layak ke temasya sukan terbesar dunia itu, selepas mengatasi Pakistan dengan agregat 2-0 pada pusingan pertama dan perlu merakam sekurang-kurangnya kemenangan 1-0 ke atas Lubnan malam ini untuk layak ke peringkat kumpulan.\r“Saya faham keghairahan peminat bola sepak tempatan yang dahagakan kejayaan selepas kita menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010,” kata Kim Swee. “Ini bermakna rakyat Malaysia kembali menaruh keyakinan terhadap kemampuan skuad kebangsaan.\r“Namun kita perlu realistik dan memberi ruang kepada pemain untuk menggilap keyakinan dan kematangan dalam permainan mereka menerusi siri perlawanan antarabangsa seperti ini. Saya harap sokongan ini berterusan.”\rMalaysia perlu menang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk layak ke pusingan seterusnya selepas seri tanpa jaringan di Beirut, Ahad lalu dan Kim Swee yakin, anak buahnya yang cemerlang mengekang Lubnan di Beirut, mampu merakam kemenangan apabila berdepan lawan yang lebih berpengalaman di peringkat antarabangsa itu.\r\n\n\n\n\rKelebihan gelanggang sendiri, katanya, menjadi azimat penting buat skuad Olimpik dan dia berharap peminat tempatan membanjiri Stadium Nasional untuk membakar semangat wira muda negara.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|