View: 155|Reply: 0
|
Indonesia kesal sikap Arab Saudi
[Copy link]
|
|
Jakarta kecam tindakan amah kena hukuman mati tanpa maklum lebih awalJAKARTA: Kerajaan Indonesia sedang mempertimbangkan langkah menghentikan penghantaran pekerja ke Arab Saudi berikutan pelaksanaan hukuman mati ke atas pembantu rumah republik itu, Ruyati Sapubi kerana membunuh majikannya.\r“Adalah lebih baik mengadakan moratorium,” kata seorang jurucakap presiden, Heru Lelono, kelmarin.\r\n\n\n\n\r “Mahkamah Arab Saudi tidak memaklumkan kepada Kerajaan Indonesia mengenai pelaksanaan hukuman mati (Sabtu lalu) yang seolah-olah tidak menghormati hubungan kedua-dua negara.”\r\r\n\n\n\n\n Beliau menambah adalah penting untuk kerajaan hanya menghantar pekerja asing kepada negara di mana hak asasi manusia mereka dihormati.\r“Tidak dapat dibayangkan bahawa nasib sama mungkin menimpa pekerja Indonesia lain,” kata Heru.\r“Kementerian Tenaga Kerja perlu menetapkan panduan dan mengetatkan peraturan untuk agensi penempatan pekerja. Agensi itu tidak perlu melepaskan semua tanggungjawab ke atas pekerja selepas mendapatkan kerja. Mereka perlu dipertanggungjawabkan untuk sebarang masalah perundangan.”\rDalam perkembangan lain, Menteri Luar, Marty Natalegawa, berkata beliau sudah memanggil semula dutanya ke Arab Saudi berikutan kes itu.\r\n\n\n\n\r“Kami sudah memanggil pulang duta (Gatot Abdullah Mansyur) untuk mendapatkan gambaran jelas permasalahan itu supaya kami dapat menilainya,” kata menteri. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|