CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Bisnes Dunia: ‘Tenaga nuklear jadi pilihan’

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Sumber dilihat berdaya maju meskipun berlaku krisis di JepunKUASA nuklear kekal sebagai sumber tenaga yang berdaya maju pada peringkat global meskipun berlaku krisis di Jepun, kata Ketua Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Angel Gurria.\rBeliau berkata, kuasa nuklear masih diperlukan untuk memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat tanpa menolak keperluan sumber tenaga alternatif yang lain seperti tenaga solar dan air.\r\n\n\n\n\r  “Ia bukan persoalan meninggalkan program (nuklear). Apa yang dibimbangi kini ialah isu keselamatannya, tetapi kami tetap percaya sumber tenaga nuklear akan terus menjadi penyelesaiannya,” katanya pada sidang media Persidangan Kemuncak Pertumbuhan Teknologi Hijau, di Seoul, Korea Selatan.\r\r\n\n\n\n\n  Gurria berkata kesilapan manusia, yang menjadi punca paling kerap mengakibatkan kemalangan nuklear, sebenarnya dapat diatasi.\r“Kita boleh belajar daripada kesilapan kita sendiri, itulah kesimpulannya,” katanya yang menambah sebuah agensi tenaga nuklear dalam OECD ketika ini membantu Jepun mengkaji langkah keselamatan di loji nuklear milik mereka.\rOECD, yang dianggotai 34 negara yang komited kepada demokrasi dan pasaran ekonomi, membentangkan strategi pertumbuhan hijau bulan lalu untuk menyelaraskan aplikasi tenaga boleh diperbaharui di kalangan anggotanya.\rOECD akan menyediakan panduan yang khusus untuk negara dan industri, kata Gurria.\r\n\n\n\n\rKetua kepada Syarikat Telekom dan Internet Jepun, Softbank, Masayoshi Son, menggesa semua negara untuk memberi lebih tumpuan kepada pembangunan tenaga hijau.\rKatanya, walaupun krisis loji nuklear Fukushima dicetuskan kejadian gempa bumi dan tsunami, namun kemalangan seperti itu boleh berlaku dalam zon bebas gempa bumi.\r“Harus diingat, kebanyakan kemalangan yang teruk dalam kuasa nuklear disebabkan oleh kesilapan manusia, bukan kerana gempa bumi dan kesilapan manusia ini boleh berlaku di mana saja di dunia,” katanya.\rBeliau berkata, 34 daripada 47 kerajaan tempatan di Jepun telah menyertai kempen beliau untuk membawa negara keluar daripada penggunaan kuasa atom dan beralih kepada sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin dan geoterma. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.688474 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list