CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

AirAsia muktamad tempahan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat dijangka selesai janji niaga 200 pesawat Airbus A320 di ParisAIRASIA Bhd hampir memuktamadkan tempahan bagi 200 unit pesawat Airbus A320 generasi baru yang bernilai AS$18 bilion (RM54 bilion) berdasarkan harga senarai.\rPengendali penerbangan tambang murah Asia itu dijangka memuktamadkan janji niaga tempahan pembelian itu di Paris lewat hari ini.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Dr Tony Fernandes dan Timbalan Ketua Eksekutifnya, Kamarudin Meranun, berlepas ke Paris Air Show semalam bagi merumuskan syarat akhir tempahan pembelian itu.\r\r\n\n\n\n\n  Jika dimuktamadkan, ia bakal menjadi antara pembelian pesawat komersial terbesar dunia, sekali gus mengesahkan pentingnya pasaran Asia bagi pengeluar kapal terbang seperti Airbus dan Boeing.\r“Fokus kami  membesarkan angkatan pesawat AirAsia daripada sekitar 100 unit ketika ini kepada 500 unit pada masa depan bagi memenuhi peningkatan permintaan dan rancangan pengembangan destinasi dan laluan.\r“Kami akan mempunyai  175 pesawat sehingga 2015, tetapi ia tidak mencukupi bagi  menampung rancangan pengembangan masa depan.\r“Apa yang pasti kami memerlukan pesawat tambahan. Sama ada kami akan dapat membelinya di Paris, saya belum boleh kata lagi. Kita jumpa di Paris,” katanya  pada majlis memeterai perjanjian usaha sama antara AirAsia dan CAE Group berpangkalan di Montreal, Kanada di Sepang, semalam.\r\n\n\n\n\rTony mewakili AirAsia, manakala CAE Group oleh Presiden Bahagian Latihan dan Perkhidmatan Produk Simulasi Awamnya, Jeff Roberts.\rIa turut disaksikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.212819 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list