View: 247|Reply: 0
|
Serena jangka persaingan kali ini lebih sukar
[Copy link]
|
|
LONDON: Serena Williams percaya sukar bagi dirinya dan kakak Venus yang kembali menyertai Wimbledon untuk memenangi kejuaraan itu semula kerana saingan jelajah tenis wanita kini semakin sukar.\rSerena kembali beraksi buat kali pertama dalam tempoh 12 bulan selepas mengalami masalah kesihatan serius ketika beraksi di Eastbourne minggu lalu, manakala Venus juga menyertai kejohanan kompetitif di Eastbourne selepas berehat lima bulan ekoran masalah kecederaan pinggul.\r\n\n\n\n\r Kembalinya dua pemain adik-beradik itu dilihat sebagai berita buruk buat pencabar lain terutama di Wimbledon yang mana pemain Amerika terbabit pernah mengungguli kejohanan sebanyak sembilan kali antara mereka.\r\r\n\n\n\n\n Pada 10 daripada 11 final terakhir perseorangan wanita Wimbledon, sentiasa saja ada kelibat keluarga Williams itu dan sukar untuk menidakkan bahawa mereka adalah calon untuk menjuarainya sekali lagi.\rRamai pemerhati mendakwa ia boleh menjadi sesuatu yang negatif buat jelajah tenis wanita jika pemain adik beradik itu memenangi kejuaraan utama sebaik kembali beraksi, tetapi Serena tidak menganggapnya sebegitu.\rMalah, walaupun pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki masih belum memenangi sebarang kejuaraan Grand Slam, Serena masih tertarik dengan kualiti pemain utama wanita itu.\r“Saya rasa perjalanan jelajah sangat baik. Ramai muka baru yang hebat, banyak peningkatan berlaku dalam tenis wanita kini,” kata Serena. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|