CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Kereta kebal Syria ceroboh Turki

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Tentera  masuk kawasan kampung dalam usaha banteras pemberontak \rDAMSYIK: Kereta kebal tentera Syria menceroboh masuk ke  kawasan perkampungan di sempadan Turki yang menempatkan  10,000 pelarian dari negara Arab itu semalam, kata aktivis, ketika Washington memberi amaran kepada Damsyik  berikutan tindakan kerasnya ke atas penunjuk perasaan.\r\n\n\n\n\rKetua kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman, berkata sekurang-kurangnya enam kereta kebal dan 15 kenderaan membawa anggota tentera memasuki perkampungan Bdama di sempadan Turki dalam usaha membanteras pemberontak di wilayah Idlib di barat laut negara itu.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata pertempuran sengit berlaku di perkampungan yang terletak beberapa kilometer dari bandar Jisr al-Shughur yang  menjadi tumpuan utama pemberontak.\rAgensi berita Anatolia melaporkan, jumlah pelarian kini  10,000 orang dan kian meningkat apabila 421 orang lagi rakyat Syria tiba di khemah Pertubuhan Bulan Sabit Merah di wilayah Hatay.\rPenduduk Bdama sebelum ini dilaporkan membantu pelarian Syria melarikan diri ke sempadan dari Jisr al-Shughur dan menyeberang masuk ke Turki.\r“Sekurang-kurangnya 19 terbunuh dalam tunjuk perasaan di Damsyik kelmarin. \r\n\n\n\nTunjuk perasaan turut  berlaku di beberapa bandar lain termasuk  di Jableh di barat dan Suweida di selatan Damsyik, tetapi ia berjaya   disuraikan oleh  anggota polis yang berkawal dengan menggunakan belantan,” katanya.\rAbdel Rahman berkata kejadian terburuk  akibat tunjuk perasaan berkenaan berlaku di bandar Homs apabila  lima   ditembak mati bagi menyuraikan penunjuk perasaan.\rBeribu-ribu orang menghadiri upacara pengebumian mereka yang terbunuh sebelum mengadakan tunjuk perasaan di  masjid utama di bandar itu.\r“70,000 orang menghadiri upacara pengebumian terbabit sambil melaungkan slogan anti rejim pemerintah  dengan penuh kemarahan,” katanya.\rSementara itu, pemimpin Liga Arab, Amr Mussa melahirkan kebimbangan dengan keadaan di Syria yang kian meruncing.\r“Dunia Arab semakin gusar dengan perkembangan yang berlaku di Syria,” katanya kepada wartawan di Kaherah dan menegaskan isu itu menjadi tajuk utama dalam perbincangan antara pemimpin di wilayah berkenaan.\rSementara itu, di Washington, Amerika dilapor menimbang secara serius untuk mengenakan dakwaan melakukan jenayah perang ke atas Damsyik dalam usaha menekan Syria supaya menghentikan tindakan ganasnya.\rTindakan lain termasuk sekatan ke atas sektor minyak dan gasnya selain kempen diplomatik bagi meningkatkan tekanan ke atas Presiden Bashar al-Assad.\rAktivis berkata bantahan dan tunjuk perasaan di Syria yang  memasuki bulan keempat, setakat ini  meragut kira-kira 1,309 nyawa penduduk awam dan 341 anggota keselamatan. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.044819 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list