View: 141|Reply: 0
|
Polis B jagoan Pesta Sungai Melaka
[Copy link]
|
|
PASUKAN perahu naga Polis Diraja Malaysia (Polis) B muncul juara dalam perlumbaan perahu naga antarabangsa Terbuka sempena Pesta Sungai Melaka 2011 di Sungai Melaka, semalam.\rSatu-satunya pasukan luar negara yang mengambil bahagian, Padang Dragon Boat dari Indonesia menduduki tempat kedua diikuti Polis A dan Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam perlumbaan disertai 14 pasukan itu.\r\n\n\n\n\r Berikutan kemenangan itu, Polis B menerima hadiah wang tunai RM2,000 serta piala manakala Padang Dragon Boat (RM1,000), Polis A (RM600) dan ALAM (RM400).\r\r\n\n\n\n\n Dalam kategori Tertutup Melaka yang disertai 15 pasukan, Universiti Multimedia (MMU) A menjuarai saingan selepas menewaskan Bukit Rambai Dragon Boat, diikuti Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) dan KK Earthworks Constructions Sdn Bhd B.\rMMU A menerima RM600 berserta piala manakala Bukit Rambai Dragon Boat menerima RM400, diikuti MSNM (RM300) dan KK Earthworks (RM200).\rKetua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika merasmikan pertandingan itu berkata, kerajaan negeri berhasrat melahirkan bakat baru berpotensi dalam sukan air serta menggalakkan tahap kecergasan fizikal dan mental di kalangan peserta.\r“Penganjuran ini boleh dianggap usaha untuk mencapai hasrat dan aspirasi kerajaan supaya sukan dijadikan elemen penyumbang kepada budaya hidup sihat di kalangan rakyat, khususnya rakyat negeri Melaka.\r\n\n\n\n\r“Ia juga antara strategi membangunkan Melaka sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|