CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Rajagobal tetap puas hati

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Akur terpaksa kehilangan Aidil Zafuan pula untuk hadapi Taiwan\rKHABAR menggembirakan buat Jurulatih Malaysia, Datuk K Rajagobal apabila barisan yang diturunkan ketika menentang Myanmar menunjukkan permainan memberangsangkan walaupun tanpa penyerang utama Norsharul Idlan Talaha.\r\n\n\n\n\r   Namun pada masa sama, Rajagobal menerima padah apabila pertahanan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak mengalami kecederaan serius yang mungkin menjejaskan persiapan skuad Harimau Malaya menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun ini.\r\r\n\n\n\n\n   “Pemain turun dengan semangat tinggi walaupun pasukan yang dibentuk ini membabitkan beberapa muka baru. Mereka memberikan persembahan seperti yang diharapkan, membenam Myanmar 2-0.\r“Keadaan padang becak menyebabkan pergerakan tidak lancar tetapi pemain tetap bersemangat dan ini memberi keyakinan untuk mencari kemenangan apabila menentang Taiwan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia nanti,” katanya.\rRajagobal memuji persembahan muka baru seperti Mohd Shakir Shaari, Mohd Farisham Ismail dan Helmi Remeli yang tidak gugup dan menunjukkan aksi mantap.\r“Bukan mudah untuk memberi keyakinan kepada pemain baru seperti Shakir, Farisham dan Helmi namun mereka menyesuaikan diri serta melaksanakan tanggungjawab diberikan,” katanya.\r\n\n\n\n\rMengenai kecederaan Aidil, Rajagobal menegaskan dia terpaksa membuat percaturan lain bagi memantapkan benteng pertahanan untuk menghadapi Taiwan memandangkan kemenangan penting bagi membolehkan Malaysia terus melangkah  dalam saingan kelayakan Piala Dunia.\rKetua Jurulatih Myanmar, Milan Zivadinovic pula menganggap pemain Malaysia menunjukkan semangat juang tinggi dan akur dengan kekalahan itu memandangkan kebanyakan pemainnya masih muda dan sedang dalam proses menimba pengalaman.\r“Pemain saya mempamerkan aksi terbaik sehingga tidak mudah untuk dikalahkan dan yakin kelompok pemain muda itu boleh dikembangkan untuk menghadapi Sukan SEA nanti.”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037986 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list