|
Rajagobal gelisah lihat Aidil diusung, gembira Safee pulang perkuat Harimau Malaya\rNASIB Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan menentang Myanmar kelmarin, akan dipantau ketua jurulatih Datuk K Rajagobal.\r\n\n\n\n\r Rajagobal berkata, dia perlukan tempoh sehari untuk menilai tahap kecederaan pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum membuat sebarang keputusan sama ada Aidil boleh diturunkan apabila berdepan Taiwan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, 29 Jun ini.\r\r\n\n\n\n\n “Aidil mengalami kecederaan di bahagian keting akibat terjahan lawan. Kebiasaannya kecederaan seperti ini hanya boleh dinilai selepas sehari. Esok (hari ini) saya akan bertemu fisioterapi untuk mengetahui keadaan Aidil,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rPertahanan tengah Harimau Malaysia yang dibelenggu kecederaan ketika persiapan skuad kebangsaan ke Sukan Asia Guangzhou 2010 tahun lalu, terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik mengalami kecederaan ketika cuba mengasak bola di tepi padang.\rHarimau Malaysia mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Myanmar di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV tetapi Rajagobal yang ceria dengan keputusan itu, tidak menyembunyikan resahnya ketika melihat Aidil diusung keluar padang, seterusnya ke dalam ambulans.\rKehilangan Aidil, selepas tonggak penyerang Norshahrul Idlan Talaha mengalami hamstring, merencatkan seketika percaturan Rajagobal untuk mempersiapkan anak buahnya menghadapi Taiwan tetapi dia dijangka mendapat nafas baru dengan kepulangan Safee Sali dari kelab Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia.\r\n\n\n\n\r“Dia (Safee) akan meringankan percaturan saya, namun sandaran bukan kepada dia seorang, kita perlukan semua pemain biarpun kita tahu dia penyerang berbisa,” katanya.\rDalam perlawanan persahabatan itu, dua gol Harimau Malaya dijaringkan Mohd Amirulhadi Zainal pada minit ke-27 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-55.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|