View: 181|Reply: 0
|
Analisis Saham: Hong Leong Bank Bhd
[Copy link]
|
|
HONG Leong Bank Bhd (HLBK) menyediakan perkhidmatan perbankan komersial dan kewangan merangkumi pajakan dan sewa beli, penama, perbankan Islam dan pengurusan saham amanah.\rPemegang saham majoritinya adalah Hong Leong Financial Group (61.3 peratus) dan KWSP (10.8 peratus).\r\n\n\n\n\r Sepanjang beberapa tahun lalu, HLBK mencatatkan keuntungan operasi lembap dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan (CAGR) 2.8 peratus.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, HLBK kini memasuki era baru dengan pengambilan aset EON Capital yang memiliki EON Bank.\rBerikutan itu, Maybank IB Research dalam nota penyelidikan pada 13 Jun 2011 memulakan pemantauannya terhadap prestasi saham HLBK dengan saranan ‘Pegang’ dan meletakkan harga sasaran pada RM14.10 sesaham.\r“Dengan penggabungan itu, nisbah pinjaman kepada deposit HLBK naik daripada nisbah purata 56 peratus kepada kadar lebih selesa pada 70 peratus berbanding nisbah purata industri 82 peratus.\r“Pengambilalihan itu akan melonjakkan HLBK daripada kedudukan keenam kepada keempat berdasarkan saiz aset keseluruhan. Gandingan itu mempunyai kombinasi aset RM145 bilion pada akhir Mac, meningkat 59 peratus berbanding RM91 bilion saiz aset HLBK sebelumnya,” kata firma berkenaan.\r\n\n\n\n\rBerbanding industri secara keseluruhannya, HLBK akan memiliki pegangan pasaran lebih besar sebanyak 9.1 peratus jumlah aset, 8.7 peratus daripada jumlah pinjaman dan 9.7 peratus daripada jumlah deposit daripada pelanggan, katanya.\r“Apabila selesai proses penggabungan terbabit, HLBK akan memiliki sembilan peratus penguasaan dalam pasaran pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), meletakkannya pada kedudukan ketiga selepas Public Bank (21 peratus) dan Maybank (11 peratus).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|