View: 147|Reply: 0
|
Afrika contohi kita ubah taraf ekonomi
[Copy link]
|
|
Mugabe anggap ETP paling komprehensif\rKEBOLEHAN Malaysia membentuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) berasaskan kerjasama kerajaan dengan swasta perlu dijadikan contoh oleh negara Afrika untuk mengubah kedudukan ekonomi masing-masing pada masa akan datang, kata Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe.\r\n\n\n\n\rBeliau menegaskan, bagi mencapai kedudukan seperti dinikmati Malaysia, Afrika perlu memastikan adanya tadbir urus yang baik, demokrasi dan tiada campur tangan politik dari luar di dalam sistem rancangan ekonomi masing-masing.\r\r\n\n\n\n\n“Adalah penting untuk kami mengelak sebarang campur tangan politik seperti apa yang berlaku di Afrika Utara baru-baru ini yang membataskan perkembangan pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika membentangkan perbincangan bertajuk ‘Merealisasikan Wawasan Negara Menerusi Transformasi Sosioekonomi’ pada Dialog Antarabangsa Langkawi (LID 2011) di Putrajaya, semalam.\rMugabe berkata, Malaysia dijadikan contoh bagaimana sebuah negara yang memperoleh kemerdekaan dari kuasa luar, berjaya menguruskan sumber ekonominya sendiri dengan berkesan.\r“Zimbabwe sendiri mempunyai semua sumber diperlukan untuk memaksimumkan manfaat kepada rakyat kami. Apa terbaik dilakukan untuk membangunkan ekonomi kami dan cara terbaik di mana rakyat meraih manfaat daripadanya,” katanya.\rBeberapa delegasi pada dialog kali ini berpendapat Malaysia mempunyai pelan transformasi dan rancangan pembangunan ekonomi jangka panjang paling komprehensif di dunia.\r\n\n\n\n\rPendapat itu disuarakan setelah meneliti secara terperinci pelan induk yang digariskan menerusi ETP, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang mana amat inklusif dalam cita-citanya mencapai status negara maju menjelang 2020.\rSementara itu, Mugabe berkata, Zimbabwe yang merekodkan pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus tahun lalu mempelawa pelabur asing untuk terbabit dalam rancangan pembangunan negara itu.\rBeliau berkata, negaranya menawarkan peluang luas dalam sektor pemprosesan agro, operasi perlombongan, pengeluaran, pelancongan, pembangunan infrastruktur dalam janaan kuasa, bekalan air, rangkaian jalan, hubungan rel dan udara, telekomunikasi serta teknologi maklumat.\r“Kami mempelawa pelabur untuk terbabit dan menambah nilai dalam rancangan pembangunan sektor berkenaan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|