|
Tindakan gabung Oneworld pertingkat pasaran MAS\rPENYERTAAN Penerbangan Malaysia (MAS) dalam gabungan syarikat penerbangan global, Oneworld, akan membantu meningkatkan penguasaan pasarannya bagi laluan Paris-Kuala Lumpur.\r\n\n\n\n\r Ketika ini, laluan berkenaan adalah yang ketiga terpenting bagi MAS di Eropah selepas London dan Armsterdam dengan tujuh penerbangan seminggu sejak November 2006.\r\r\n\n\n\n\n Pengurus MAS bagi kawasan Perancis, Sarjanisham Darus, berkata dengan mempunyai penerbangan setiap hari ke Kuala Lumpur, MAS kini menguasai 56 peratus pasaran tahun ini walaupun berdepan saingan hebat daripada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd, bagi laluan berkenaan.\rBeliau berkata, MAS yang menyediakan perkhidmatan penuh untuk perjalanan terus ke Kuala Lumpur itu mendapat sambutan menggalakkan daripada segmen korporat Perancis yang terus berkembang dengan kini mewakili 25 peratus daripada jumlah penumpang bagi laluan berkenaan.\r“Dengan penyertaan dalam Oneworld, kami yakin ia akan meningkatkan operasi MAS di Eropah termasuk Paris sekali gus melonjak penguasaan pasaran melebihi 56 peratus untuk laluan Paris-Kuala Lumpur pada masa depan,” katanya pada sidang media sempena sambutan ulang tahun ke-30 MAS di Paris, semalam.\rKetika ini, jumlah tempat duduk yang diisi bagi setiap penerbangan ialah sebanyak 82 peratus dengan sebanyak 83,000 penumpang dibawa dalam tempoh 12 bulan lalu.\r\n\n\n\n\rSarjanisham berkata, walaupun AirAsia beroperasi di laluan sama, ia tidak menyebabkan bilangan penumpang MAS merosot.\r“Ia tidak memberi kesan kepada MAS kerana ia membabitkan golongan pelanggan berbeza dengan kebanyakan penumpang MAS ialah mereka yang inginkan perkhidmatan sepenuhnya.\r“Setiap tahun, MAS menunjukkan peningkatan dari segi pendapatan dan bilangan penumpang hasil kerjasama rapat dengan Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan tempoh lima bulan tahun ini bilangan penumpang meningkat sebanyak 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|