CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Karishma kembali berlakon

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Aktres bakal bintangi filem arahan Vikram Bhatt\rMUMBAI: Aktres Bollywood yang sudah agak lama tidak berlakon, Karishma Kapoor (atas) akan muncul semula di layak perak selepas lima tahun memberi tumpuan sebagai suri rumah.\r\n\n\n\n\rKali terakhir Karishma berlakon ialah ketika berganding dengan Akshay Kumar dan Ameesha Patel dalam filem Mere Jeevan Saathi.\r\r\n\n\n\n\nBeliau disahkan akan berlakon dalam filem arahan Vikram Bahtt bertajuk Dangerous Ishq, sebuah kisah erotik yang menggunakan konsep 3-D.\rSumber memberitahu media online bahawa aktres itu tidak pernah mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan selepas berkahwin dengan ahli perniagaan Sanjay Kapur pada 2003.\rMeskipun sibuk sebagai suri rumah dan menjaga anak perempuannya, Samaira yang dilahirkan pada 2005 dan anak lelaki, Kiaan Raj pada 2010, Karishma sentiasa menerima tawaran berlakon.\rBeliau terus mendapat tempat di hati peminat kerana masih menerima tawaran berlakon dalam iklan atau menjadi duta produk sebelum akhirnya mendapat izin untuk kembali berlakon.\r\n\n\n\n\r“Filem terakhir Vickram menggunakan konsep 3-D bertajuk Haunted mendapat sambutan baik dan itulah yang menyebabkan Karishma menerima tawaran itu,” kata sumber.\rVickram juga mengakui dia berazam kuat untuk mendapatkan Karishma dalam filem terbaru itu.\r“Haunted mendapat untung besar. Jadi, saya dapat beri upah yang tinggi kepada bintang dalam filem arahan saya. Ia juga watak besar bagi aktres berusia 30-an yang kekal jelita dan berbakat.”\rFilem itu dijadualkan memulakan penggambaran bulan September depan di Rajasthan.\rKarishma yang mempunyai panggilan manja iaitu Lolo memulakan kerjaya dalam filem pada 1991 dan mula menempa nama menerusi Raja Hindustani membolehkannya menang aktres terbaik anugerah Fimfare.\rBeliau kemudian menang anugerah aktres pembantu terbaik menerusi filem Dil To Pagal Hai pada 1997 yang turut dibintangi Shah Rukh Khan dan Maduri Dixit. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.063014 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list