View: 260|Reply: 0
|
Rebat beli peralatan jimat tenaga
[Copy link]
|
|
KERAJAAN akan memperkenalkan rebat bagi pembelian peralatan peti sejuk, alat penyaman udara dan penyejuk yang mempunyai keupayaan penjimatan tenaga kepada pengguna yang layak untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga.\rDi bawah inisiatif itu, pengguna yang layak akan diberikan rebat sebanyak RM200 bagi pembelian peti sejuk baru dan RM100 bagi alat penyaman udara. \r\n\n\n\n\rKedua-dua peralatan berkenaan adalah barangan kegunaan isi rumah, manakala penyejuk adalah bagi kegunaan komersial.\r\r\n\n\n\n\nKerajaan dijangka akan membelanjakan sehingga RM50.2 juta tahun ini bagi tujuan berkenaan.\rPengumuman mengenai rebat berkenaan akan dibuat pada 7 Julai ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee, pada taklimat perkembangan kemajuan Program Transformasi Ekonomi (ETP) keenam di Kuala Lumpur, semalam.\rInisiatif yang dibiayai kerajaan itu adalah sebahagian daripada program kelestarian yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) di bawah ETP untuk meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia melalui lima inisiatif. \rSAVE akan dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian dengan syarikat-syarikat utiliti, Tenaga Nasional Bhd, Sarawak Electricity Bhd dan Sabah Electricity Sdn Bhd serta syarikat pengeluar barangan elektrik yang mengambil bahagian.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|