View: 162|Reply: 0
|
PCG tinjau loji baru, beli ekuiti firma lain
[Copy link]
|
|
PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCG), yang memiliki tunai mencecah RM8 bilion, meninjau peluang pengambilalihan strategik syarikat di dalam negara dan serantau untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar petrokimia bersepadu terbesar Asia Tenggara.\rPresiden dan Ketua Eksekutif PCG, Dr Abd Hapiz Abdullah, berkata rancangan pengembangan itu akan dibuat secara terpilih dan bersinergi serta dapat menambah nilai, pertumbuhan dan daya saing ke dalam kumpulan.\r\n\n\n\n\r “Pembelian terpilih boleh jadi dengan menubuhkan loji baru, membentuk usaha sama atau membeli kepentingan dalam firma lain.\r\r\n\n\n\n\n “Kami sedang berunding dengan beberapa pihak buat masa ini tetapi semuanya masih berada pada peringkat terlalu awal.\r“Bagaimanapun, ini adalah sebahagian komitmen dipertingkatkan kumpulan dan strategi untuk mengembangkan perniagaan kami,” katanya kepada media yang melawat kompleks syarikat itu di Kemaman.\rAbd Hapiz berkata, PCG sangat fleksibel apabila memulakan perbincangan tetapi ia semuanya akan bergantung kepada bagaimana cara untuk menetapkan matlamat mengembangkan perniagaannya.\r“Mempunyai kedudukan tunai yang mantap sedikit membantu mengenai cara anda mengembangkan perniagaan. Kami akan mempunyai peluang pengambilalihan terpilih pada masa depan,” katanya. PCG adalah unit petrokimia firma minyak dan gas negara, PETRONAS.\r\n\n\n\n\rSyarikat itu menyenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia November lalu, menjana RM12.8 bilion yang juga tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di Asia Tenggara setakat ini.\rPCG yang ditubuhkan pada 1985 mempunyai 22 anak syarikat di bawahnya. Ia terdiri daripada anak syarikat dimiliki sepenuh atau sebahagian, syarikat usaha sama dan syarikat sekutu yang dibentuk sejak 26 tahun lalu.\rIa termasuk pembelian kumpulan syarikat Optimal bernilai AS$660 juta pada 2009 daripada Dow Chemical Co, syarikat produk kimia tertua dunia yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).\rTahun lalu, ia melengkapkan pembelian 15 dan 60 peratus kepentingan dalam Ethylene Malaysia Sdn Bhd dan Polyethylene Malaysia Sdn Bhd daripada BP bernilai AS$363 juta. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|