CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110|Reply: 0

Wozniacki juara Terbuka Brussels

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Tewaskan Peng Shuai di finalBRUSSELS: Pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki mengatasi kesakitan pangkal paha untuk menundukkan pemain China, Peng Shuai 2-6, 6-3, 6-3 - sekali gus menjuarai kejohanan tenis Terbuka Brussels yang diadakan buat julung kali, kelmarin.\rIa adalah kejuaraan keempat dimenanginya, tahun ini dan yang pertama di gelanggang tanah liat merah sekali gus rangsangan terbaik buatnya menjelang cabaran Terbuka Perancis.\r\n\n\n\n\r   Bermula lesu selepas terpaksa mengharungi perlawanan tiga set sebelum menang ke atas Francesca Schiavone lewat Jumaat lalu, pemain Denmark itu menemui semula semangat dan sentuhan pada set kedua menentang pemain China yang menduduki ranking ke-31 dunia itu.\r\r\n\n\n\n\n   Perkara yang membimbangkan Wozniacki ialah dia memerlukan rawatan pada pangkal paha kirinya pada set ketiga sebelum memenangi kejuaraan.\rDia menamatkan baki saingan dengan pangkal paha kirinya berbalut tetapi menegaskan kecederaan itu tidak menjejaskan dirinya menjelang perlawanan pembukaan di Roland Garros menentang pemain yang lebih dua kali ganda usianya, Kimiko Date-Krumm  dari Jepun yang berusia 40 tahun.\r“Ia bukan masalah besar. Ia adalah kecederaan kecil. Saya tidak mahu ia melarat,” katanya. - AP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.104443 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list