|
Chelsea, Juventus, Inter dan Roma tunjuk minatDUBLIN: Pengurus Porto, Andre Villas-Boas menegaskan ia akan memerlukan gergasi Eropah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk mencuri pemain daripada pasukan juara Liga Europa bimbingannya.\rVillas-Boas dan beberapa ahli skuad Porto kini menjadi buruan selepas kempen penuh berjaya yang meniti puncak tertinggi dengan kejayaan 1-0 ke atas Braga pada final Liga Europa, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Penyerang Colombia, Falcao menjaringkan gol kemenangan dengan tandukan cantik pada detik rehat di Stadium Aviva di Dublin ketika Porto menambah trofi kejohanan peringkat kedua Eropah kepada gelaran Portugal yang dimenangi tanpa tewas sebarang perlawanan.\r\r\n\n\n\n\n Pada usia 33 tahun, Villas-Boas adalah jurulatih termuda untuk memenangi kejohanan kelab UEFA dan namanya kini menjadi sebutan Chelsea, Juventus, Inter Milan dan Roma.\rIa tidak menjadi kejutan jika Porto menerima tawaran rasmi daripada Villas-Boas, termasuk juga Falcao dan rakan penyerang Hulk, sebelum musim depan.\rTetapi Villas-Boas mendedahkan pampasan pelepasan dalam kontraknya dan juga Hulk dan Falcao mungkin menyukarkan keadaan.\r“Spekulasi adalah normal berkenaan pengurus dan pemain seluruh dunia. Tetapi Porto memiliki klausa pelepasan yang tertinggi dalam pasaran jadi ia tidak mudah buat pemain untuk meninggalkan kami.\r\n\n\n\n\r“Hulk memiliki klausa perpindahan |
|