View: 34933|Reply: 439
|
Gangguan Jin atau Makhluk halus
[Copy link]
|
|
Kadang-kadang kita sukar untuk percaya tapi ini ada terjadi dalam masyarakat kita tapi itu sudah termaktub dalam Al-Quran.Jadi aku kongsi info yang aku dapat dari web Ustaz Sharhan .
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.
Firman Allah maksudnya::
"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)
Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An'am 112)
MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)
"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)
"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)
KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.
Dalil Al Quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'am 130)
TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihatan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah 
serangan drpd musuh-musuh anak Adam (jin,syaitan,iblis) ni berterusan dan tak kira masa.
Diceritakan dalam sebuah Hadis sahih yg dicatatkan dlm sebuah kitab "Hayatus Sahabah"
(jilid ke 3 m/s 334) yg bermaksud.
Ubai bin Kaab R.A meriwayatkan : Sewaktu bersama Rasullullah S.A.W, seorang badwi telah datang kpd Baginda Nabi S.A.W dan berkata, "Ya Rasulullah ! saya mempunyai seorang saudara yg ditimpa penyakit."
" Penyakit apa?" bertanya Rasulullah S.A.W
" sejenis gila" jawab badwi tersebut.
Rasulullah S.A.W menyuruh orang itu membawa saudaranya, kemudian Baginda S.A.W membaca
Surah Al-Fatihah, 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah. Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid...,
ayat Qursi dan dua ayat seterusnya, 3 ayat terakhir surah Al-Baqarah, ayat Syahidallah annahu... terakhir dari surah al-Muqminun (Fataaalallahuu malikul haq..., ayat dari surah al-Jin (Wa annahu ta'ala), 10 ayat pertama surah As-Saffat, 3 ayat terakhir surah Al-Hasyr, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah an-Nas.
(Kanz Jilid 1 m/s 212)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jin juga seperti manusia. Pernah menjadi khalifah mengurus bumi ini tetapi gagal bila mereka tidak beriman lagi kepada Allah dan membuat kerosakan dibumi ini. Bila manusia diturunkan ke bumi bagi menjadi khalifah bumi, maka manusia hidup berkongsi ruang bumi ini dengan jin. Memandangkan jin telah ramai tidak beriman maka ramai jin yang menjadi pengikut Iblis, iaitu jin yang dilaknat oleh Allah kerana ingkar perintah Allah. Namun begitu, semasa zaman Nabi Muhammad saw, ada jin yang telah diislamkan semula oleh baginda. Oleh itu kini ada jin Islam dan jin kafir. Tapi ingatlah, sebaik-baik jin itu adalah sejahat-jahat manusia. Maka mintalah perlindungan Allah agar tidak diganggu oleh jin-jin ini. Last edited by ct_og on 11-12-2013 08:25 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ct_og posted on 11-12-2013 08:24 AM 
Jin juga seperti manusia. Pernah menjadi khalifah mengurus bumi ini tetapi gagal bila mereka tidak b ... Jin juga seperti manusia. Pernah menjadi khalifah mengurus bumi ini tetapi gagal bila mereka tidak beriman lagi kepada Allah dan membuat kerosakan dibumi ini. Bila manusia diturunkan ke bumi bagi menjadi khalifah bumi, maka manusia hidup berkongsi ruang bumi ini dengan jin. Memandangkan jin telah ramai tidak beriman maka ramai jin yang menjadi pengikut Iblis, iaitu jin yang dilaknat oleh Allah kerana ingkar perintah Allah. Namun begitu, semasa zaman Nabi Muhammad saw, ada jin yang telah diislamkan semula oleh baginda. Oleh itu kini ada jin Islam dan jin kafir. Tapi ingatlah, sebaik-baik jin itu adalah sejahat-jahat manusia. Maka mintalah perlindungan Allah agar tidak diganggu oleh jin-jin ini. Syaitan adalah musuh utama manusia, hanya orang orang yg ikhlas yg tak kan mampu ditewaskan mereka
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ct_og posted on 11-12-2013 08:24 AM 
Jin juga seperti manusia. Pernah menjadi khalifah mengurus bumi ini tetapi gagal bila mereka tidak beriman lagi kepada Allah dan membuat kerosakan dibumi ini. Bila manusia diturunkan ke bumi bagi menjadi khalifah bumi, maka manusia hidup berkongsi ruang bumi ini dengan jin. Memandangkan jin telah ramai tidak beriman maka ramai jin yang menjadi pengikut Iblis, iaitu jin yang dilaknat oleh Allah kerana ingkar perintah Allah. Namun begitu, semasa zaman Nabi Muhammad saw, ada jin yang telah diislamkan semula oleh baginda. Oleh itu kini ada jin Islam dan jin kafir. Tapi ingatlah, sebaik-baik jin itu adalah sejahat-jahat manusia. Maka mintalah perlindungan Allah agar tidak diganggu oleh jin-jin ini.
Alhamdulillah peringatan yang sangat baik, cuma pada kenyataan berikut saya ada kemusykilan:
Tapi ingatlah, sebaik-baik jin itu adalah sejahat-jahat manusia
Ada tak dalilnya? Sebaik-baik Jin tu sejahat-jahat manusia? Kenyataan ni dah tersebar dalam masyarakat Melayu, sampai didramakan kata-kata ni.
Saya musykil tentang kebenaran kenyataan di atas, kerana Jin Islam ada yang sangat beriman pada Allah (rujuk Surah Al-Jin).
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 16-12-2013 02:16 PM 
Alhamdulillah peringatan yang sangat baik, cuma pada kenyataan berikut saya ada kemusykilan:
Ad ...
You are not insinuating that Sejahat jahat manusia, tiada yang beriman langsung pada Tuhan?
|
|
|
|
|
|
|
|
crankshaft posted on 16-12-2013 02:57 PM 
You are not insinuating that Sejahat jahat manusia, tiada yang beriman langsung pada Tuhan?
...
Sejahat-jahat manusia, adalah yang tak beriman kepada Allah serta menyesatkan manusia lain. Manusia macam ni boleh digelar manusia Syaitan.
Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak beri manfaat kepada manusia (makhluk), dan Nabi Muhammad SAW ialah sebaik-baik manusia
Sejahat-jahat Jin ialah Jin yang tak beriman kepada Allah dan menyesatkan manusia dan jin. Meraka inilah Syaitan. Iblis adalah salah satu syaitan Jin.
Sebaik-baik Jin ialah Jin yang beriman kepada Allah dan menyeru kaumnya beriman kepada Allah.
Saya tak dapat ketahui asal-usul kenyataan sebaik-baik Jin ialah sejahat-jahat manusia. Sebab tu saya bertanya kepada sesiapa yang tahu dari mana asal-usul kenyataan tersebut.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 16-12-2013 04:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 16-12-2013 04:34 PM 
Sejahat-jahat manusia, adalah yang tak beriman kepada Allah serta menyesatkan manusia lain. Manu ...
Assallamualaikum warahmatullah
Tentu Tuan mnm77 ingat...kita pernah bincangkan isu ni dulu..
dan...pernah Uncle bawakan kisah..Rasullullah s.a.w pernah memuji Jin lebih baik daripada Sahabar R.A !...dalam isu "respon terhadap Ayat Al Quraan"...
Jadi...jawaban muktamadnya...kenyataan ..: " SEBAIK BAIK JIN adalah sejahat jahat manusia" ADALAH KENYATAAN YG SALAH..
So....isu sekarang...bagaimana timbulnya kenyataan yg salah ini....dan pelik sekali...bagaimana ianya menjadi sangat populer???
Uncle sekali lagi..suka nak bagi pandangan...tapi just "pendapat peribadi" yg Uncle harap dapat kita bincangkan...
Selain Tuan mnm77 sendiri....Uncle suka kalau dapat anakanda @dionysusxxyyzz , Tuan PitMie, Tuan Noraddin, Tuandzul, Tuan Orangbesi , Hantukiller dll bagi input juga...(tambahan Tuan @orangbesi juga Tuan @hantukiller juga boleh dikatakan specialist dlm bidang jin ni...
Bagi Uncle...KENYTAAN YG SEPATUTNYA ADALAH...." Kemulian manusia adalah lebih tinggi daripada Jin , Semulia mulia Jin tetaplah tak dapat menandingi kemulian manusia"
Ini adalah sebagaimana pandangan Syekh Abu Bakar al Jazairi :
" Sesungguhnya jin termasuk yg soleh antara mereka, lebih rendah (taraf) dari manusia kerana Allah telah menetapkan kemulian manusia dalam Al Quraan :
(Al Isra ayat 70 ) ..." Dan sesungguhnya kami memulliakan anak anak Adam, Kamia angkat mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezeki dari yg baik baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yg sempurna atas kebanyakan makhluk yg telah kami ciptakan"
JADI....yg tak dapat ditandingi oleh Jin adalah "KEMULIAN" yg Allah tetapkan..iaitu Manusia lebih mulia drp Jin...tapi drp segi "JAHAT"....manusia malah boleh jadi lebih jahat drp Iblis...mengaku tuhan!....Iblis pun tak buat oooo...
Tapi...Taraf manusia juga boleh jadi lebh hina drp binatang..
Jadi...mari kita bincangkan... 
|
|
|
|
|
|
|
|
SEBAIK-BAIK JIN ADALH SEJAHAT-JAHAT MANUSIA
mungkin bukan hadith shoheh kot, yg banyak merungut
atau kononnya puak2 jin ni hebat imannya
lepas lama aku menung (dulu dulu leee)
maka aku terima ianya HADITH NABI
dan untuk itu, sila belek hadith shoheh yg ni
Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).
yg ni le yg NABI maksudkan tuuuu
jin dr qorin manusia sendiri
seperti bilamasa NABI PERINTAHKAN BUNUH ANJING...
sebenarnya bukan semua pun yg NABI suruh tuuu
hanya kepada yg datang dan minta PEDOMAN kannnnn
begitu juga ada KATA NABI yg NABI sendiri minta jangan sebarkan pada umum
dibimbangi nanti mereka2 berpeluk tubuh je (dari skop rezeki)
dan juga seperti HADITH NABI khusus kepada manusia seperti ABU DZAR dan seangkatannye je
kita ni tak mampu....tak mampu lebih2 zaman camni
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 16-12-2013 09:21 PM 
jadi qorin NABI telah diislamkan yeeee
dan
dizaman sekarang ni.......sesama kita ni
Jap ek, kalo qarin yg cenggini bole x?
Sebaik-baik Jin (qarin manusia) beribadat kpd Allah seolah² dia melihatNya dan
jika dia tdk melihatNya, Dia Melihat jin qarinnya.
Sejahat-jahat manusia beribadat kpd Allah seolah² dia melihat diriNya dan
jika dia tdk melihat diriNya, dia melihat jin (qarinnya).

|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 16-12-2013 02:16 PM 
Alhamdulillah peringatan yang sangat baik, cuma pada kenyataan berikut saya ada kemusykilan:
Ad ...
Tentang keratan ayat tu, saya telah terlupa di mana saya mendengarkannya bila ia selalu dikatakan orang. Memang mulanya saya tak ambil indah pun akan ayat tu tapi ada satu peristiwa mengubah persepsi saya. Ada seorang kenalan diganggu oleh satu jin di syaki jin Islam. Jin ini sangat baik baik katanya. Tetapi malangnya terlalu baik pun mengganggu jua bila kenalan itu hidup dalam dunianya sendiri. Dengar cerita kenalan saya tu sedang kuatkan usaha nak perhalau jin tu dari mendampinginya sehingga kini... tak tahu apa kisahnya lagi... begitulah kisahnya... sesungguhnya jin ni rupa-rupanya amat cenderung mengganggu manusia baik dalam keadaan baik mahu pun tidak, sama ada mereka beriman atau pun tidak... di katakan disebabkan keadaan jin yang dibuat dari api dan amat tidak stabil keadaannya maka mereka ini cenderung mengingkari perintah Allah.. Oleh itu apabila ada jin memeluk Islam maka mereka juga cenderung ingkar kepada perintah Allah di kala mereka terlupa atau lalai... di kala terlupa dan lalai inilah ada jin Islam yang mengganggu manusia... wassalam... Last edited by ct_og on 17-12-2013 02:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 16-12-2013 06:28 PM 
Assallamualaikum warahmatullah
Waalaikumsalam wbkt
Pada pandangan saya, walaupun ungkapan sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia hanya hadis doif, tetapi ada kemungkinan kebenarannya bergantung pada situasi yg berbeza
PERKATAAN ATAU UNGKAPAN SEBAIK BAIK JIN ADALAH SEJAHAT JAHAT MANUSIA ADA BETUL DAN ADA TAK BETULNYA
Yg betul ialah bagi jin jin yang berada di'alam' manusia iaitu dampingan manusia, kawan manusia, guru ghaib manusia, khadam manusia, qarin manusia, saka manusia dan jin sihir yg ada pada manusia. Mereka semua tiada lain tujuannya selain nak menyesatkan manusia yg didampingi tu, dan semua mereka digelar syaitan(kerana mereka menyokong iblis untuk menyesatkan manusia)
"Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau(iblis) dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata."Al Isra' 64
Yang tak betul pula ialah jin jin yang kekal utuh masih berada di 'alam jin' dan akan menjauh dari alam manusia, walaupun manusia memanggil mereka, menyeru mereka, meminta bantuan mereka, mereka tetap tak mau hadir..... dan mereka bukan penyokong iblis, malah diantara mereka ada yg beriman, beramal soleh malah ada diantara mereka adalah rasul dan nabi serta wali Allah dari kalangan mereka sendiri
"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu)."Al An'am 130 dan
"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan." Al Jin 11
Waulohua'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 16-12-2013 11:41 AM 
Syaitan adalah musuh utama manusia, hanya orang orang yg ikhlas yg tak kan mampu ditewaskan mereka ...
Benar tu... cuma dengan ikhlas sahaja dapat menolak tipu daya jin ni... sungguh mereka dijadikan sebagai penduga keimanan kita kepada Allah... semoga Allah bantu kita untuk menjadi hamba Nya yang ikhlas dan bersyukur dan menerima kita di kalangan hamba Nya yang beriman... Aaamiinn... |
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 17-12-2013 01:58 PM 
Setahu unclelah...
"Sebaik jin sejahat manusia " ni...BUKAN HADITH DHOF...
Memandangkan ada ustaz yg mengatakan itu hadis diof, aku ikut ajelah... hehe, tapi yg pasti bukan hadis hasan
Seperti yg dah dinyatakan seperti ayat Quran yg diberi, Jin di alam jin ada yg sangat baik malah tahapnya rasul di kalangan mereka.
Tetapi SEMUA JIN yg ada di alam manusia seperti dampingan manusia, saka manusia, qarin manusia, khadam manusia adalah sangat jahat digelar syaitan kerena mereka bertujuan merosakkan dan menyesatkan manusia walaupun islam agamanya
|
|
|
|
|
|
|
|
ct_og posted on 17-12-2013 12:30 PM 
Tentang keratan ayat tu, saya telah terlupa di mana saya mendengarkannya bila ia selalu dikatakan orang. Memang mulanya saya tak ambil indah pun akan ayat tu tapi ada satu peristiwa mengubah persepsi saya.
Ok, tak mengapa, cuma persepsi tidak boleh dijadikan dalil.... persepsi boleh jadi betul, boleh jadi salah... apabila bertentangan dengan Al-Quran dan Hadith, persepsi patut diketepikan....
Ada seorang kenalan diganggu oleh satu jin di syaki jin Islam. Jin ini sangat baik baik katanya. Tetapi malangnya terlalu baik pun mengganggu jua bila kenalan itu hidup dalam dunianya sendiri. Dengar cerita kenalan saya tu sedang kuatkan usaha nak perhalau jin tu dari mendampinginya sehingga kini... tak tahu apa kisahnya lagi... begitulah kisahnya... sesungguhnya jin ni rupa-rupanya amat cenderung mengganggu manusia baik dalam keadaan baik mahu pun tidak, sama ada mereka beriman atau pun tidak... di katakan disebabkan keadaan jin yang dibuat dari api dan amat tidak stabil keadaannya maka mereka ini cenderung mengingkari perintah Allah.. Oleh itu apabila ada jin memeluk Islam maka mereka juga cenderung ingkar kepada perintah Allah di kala mereka terlupa atau lalai... di kala terlupa dan lalai inilah ada jin Islam yang mengganggu manusia... wassalam...
Untuk pengetahuan saudara/saudari, dah bebrapa kali saya temui kenyataan dari perawat-perawat yang ada diantara mereka berkata, boleh jadi Jin Islam LEBIH sangat degil... lebih engkar (lebih kufur).... ini berdasarkan pengalaman mereka dalam dunia Jin yang mereka rentasi. Saya TIDAK bersetuju dengan kenyataan tersebut. Akan dijelaskan sebab-sebabnya....
Dalam alam Jin, kita tidak mengetahui dengan terperinci, melainkan apa yang diberitakan kepada kita. Apakah sumber berita-berita itu? Antaranya:
1. Al-Quran
2. Hadith
3. Maklumat dari dialog Jin
Dari ketiga-tiga sumber di atas, HANYA 2 SUMBER sahaja yang boleh dipakai sebagai dalil. Sumber ketiga, jika bertepatan dengan 2 sumber yang pertama, boleh diterima. Jika bertentangan, maka patut diketepikan, ditolak, dibuang.
Kita sedia maklum, dalam Al-Quran tertera kisah bagaimana Iblis menipu Nabi Adam AS, dan Iblis merupakan Jin yang kufur kepada Allah dan BERSUMPAH akan sesatkan manusia...Iblis ada bala tentera untuk menyesatkan manusia...
Maka dari contoh ini, dari Al-Quran itu sendiri, JIN KAFIR (Iblis), yang juga Syaitan, kerja mereka menyesatkan manusia. Berkaitan dakwaan perawat-perawat tentang Jin Islam yang merasuk manusia merupakan JIN DEGIL, engkar, sangat jahat dan licik, saya berpandangan Jin yang merasuk tu BUKAN JIN ISLAM, sekalipun ia mengaku Islam, sekalipun ia boleh baca ayat2 Al-Quran. Ia sebenarnya kafir, jin tu hanya PURA-PURA Islam, maka dengan itu bolehlah ia membuat kejahatan lalu nama Islam diburukkan, itu antara tujuannya....juga memburukkan Jin Islam yang beriman kepada Allah. Hal ini sama juga orang munafiq (manusia) yang berpura-pura Islam, tujuan mereka memburukkan Islam, sekalipun mereka mengaku Islam.
Untuk mengetahui Jin Islam atau KAFIR, tandanya Jin Islam AKAN BERSERAH DIRI kepada perintah Allah. Mereka diharamkan merasuk Bani Adam. Jika mereka buat salah, merasuk manusia, apabila diingatkan PERINTAH ALLAH, maka ia akan akur. Sama seperti manusia, yang Islam, bila buat sesuatu yang salah, apabila diperingatkan akan kesalahan dan dosa, ia akur, BUKAN MEMBANTAH atau tetap engkar.
Jika jin itu JAHIL, akan tetapi ia Islam, ia akan keluar bila diarahkan keluar. Jika ia TETAP ENGKAR, kita dapat tahu jin tu sebenarnya kafir, sekalipun ia dakwa diri Islam. Jika kafir boleh berpura-pura, sepertimana Iblis berpura-pura untuk memerangkap Nabi Adam AS supaya buat salah. Untuk mengetahui Jin Islam atau kafir, telah ada hadith SAHIH yang boleh dijadikan rujukan, berkaitan ular jelmaan Jin (Al-'Awaamir) dalam rumah. Caranya beri amaran supaya keluar, jika DEGIL, maka jin tu kafir, Syaitan.
Sama seperti manusia, ada yang munafiq. Orang yang munafiq secara zahir dia mengaku Islam, tetapi hakikatnya mereka ni KAFIR dan menghasut orang Islam yang lain. Jin pun ada yang munafiq, mengaku Islam, tetapi hakikatnya kafir.
Dalam Al-Quran, Jin Islam yang beriman kepada Allah, tidak disebutpun akan kejahatan mereka. Dalam hadith pun ada pujian kepada Jin Islam yang beriman kepada Allah (uncle Owl dah bawa hadithnya). Maka kenyataan tentang sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia merupakan kenyataan yang tak benar. Sejahat-jahat manusia seperti Firaun pernah mengaku "aku tuhan yang maha tinggi", Iblis yang kafir lagi syaitan pun tak berani mengaku macam tu.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 17-12-2013 03:19 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Surah Al-Jin, tafsir Pimpinan Ar-Rahman
1. Katakanlah (wahai Muhammad); “Telah diwahikan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!”
2. Kitab yang memberi panduan kejalan yang betul, lalu kami (Jin yang Islam) beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
3. Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
4. Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
5. Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
6. Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
7. Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
8. Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
9. Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
10. Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
11. Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang soleh (baik), dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain.
12. Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).
13. Dan bahawa sesungguhnya kami, tatkala mendengar pertunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
14. Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat),maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar.
15. Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam.
16. (Nabi Muhammad diwahikan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
17. “(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkan ke dalam azab yang memuncak beratnya. (1791)
18. “Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
19. “Dan bahawa sesungguhnya, tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya”.
20. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun”.
21. Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
22. Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,
23. “(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahi) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.”
24. (Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
25. (Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: “Aku tidak mengetahui samada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.
26. “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun,
27. “Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redhaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan.
28. “(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu”.
Last edited by mnm77 on 17-12-2013 03:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pengajaran dari Surah di atas, antaranya:
1. Dari kalangan Jin, ada yang soleh, ada yang tidak. Ada yang Islam ada yang kafir
2. Golongan yang kurang akal menyatakan perkara dusta terhadap Allah
3. Manusia yang minta tolong dengan Jin menjadikan jin SEMAKIN SOMBONG dan JAHAT
4. Sebahagian Jin juga ada yang LURUS, bersangka bahawa tak mungkin manusia atau jin boleh berkata dusta terhadap Allah (seperti sekutukan Allah, kata Allah ada anak Na'uzubillah)
5. Ada juga yang bersangka bahawa tiada rasul diutuskan, sedangkan ada rasul dari kalangan Jin mahupun manusia diutuskan Allah
Ada rasul dari kalangan Jin yang diutuskan Allah, maka sudah tentu Rasul ini jauh lebih baik dari sejahat-jahat manusia
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 17-12-2013 02:55 PM 
Ok, tak mengapa, cuma persepsi tidak boleh dijadikan dalil.... persepsi boleh jadi betul, boleh ja ...
Terima kasih dengan penerangan yang panjang lebar... Nampaknya masih tak lari dari fahaman saya. Ya, ayat itu tidak boleh dijadikan dalil kerana itu saya tidak mengatakan dianya hadis... sekadar kata-kata dari pengalaman... memang persepsi boleh diubah dan kisah kenalan yang diganggu itu hanya sebagai contoh sahaja. Kenalan saya tu tak kena rasuk bila Jin tu cuma mahu berdamping dan mahu berkawan saja... maka hanya dia yang tahu keadaan sebenar sama ada jin tu menyesatkan dia atau tidak... mengganggu atau tidak... Islam atau tidak.. cuma dia ada kata pada saya... "Jin ni walaupun beriman dan amat baik tapi saya tak mahu dia berdamping dengan saya... saya kuatir saya terpesong dari jalan Allah bila saya terlalu dijaga olehnya hingga terlupa sebenarnya ada Allah yang sentiasa menjaga saya. Saya tahu ini berlaku dengan keizinan Allah maka saya minta kepada Allah agar tidak izinkan dia agar terus mendampingi saya lagi." Itu kata-katanya dulu dan sehingga kini saya tak tahu apa statusnya sama ada dia berjaya melepaskan diri dari didampingi oleh jin itu lagi atau tidak. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terjadi dan yang baik itu pastilah dari Nya dan diberi Nya jin ini sekadar untuk menguji kita. wassalam... Last edited by ct_og on 17-12-2013 04:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|