Post Last Edit by sourplum at 3-8-2011 14:18



Kuiz ini diinspirasikan dari forumer hermione_twin
game ini mudah.....
pemain dikehendaki membina perkataan lain yang
mengandungi huruf dari perkataan yang diberi
caranya begini :
pemberi soalan akan memberikan 1 perkataan .... sebagai contoh,
PERISTIWA
perkataan yang boleh dibina dari perkataan di atas adalah
1. resit
2. perit
3. sita
4. sawit
perkataan yang tidak akan diambil kira :
1. sawat
kerana ...... bilangan huruf A yang diberikan cuma 1 huruf

SYARAT PERMAINAN :-
1. Pemberi soalan hanya boleh memberi satu perkataan sahaja utk dibina.
2. Minimum huruf untuk setiap perkataan yang dibina ialah 3 huruf & mestilah dalam Bahasa Malaysia.
Ejaan shortform, loghat daerah & nama2 khas spt nama negara, negeri, tempat & nama org tidak dikira.
3. 1 point akan diberi utk setiap perkataan yang dibina.
Sekiranya ada lebih dari seorang pemain membina perkataan yg sama, hanya post yg paling awal akan dikira.
4. Peserta boleh memberi seberapa banyak jawapan tetapi mestilah menyertakan 1 perkataan sahaja dlm 1 post.
Setiap post jawapan tidak boleh diedit. Post2 yg diedit dikira batal.
5. Masa yg diberikan untuk menjawab hanya lebihkurang 10 minit selepas soalan dikeluarkan
& pemberi soalan akan membuat post rasmi memberitahu masa tamat & post2 jawapan
yg dibuat oleh pemain setelah post rasmi tersebut tidak akan dikira.
6. Pemberi soalan tidak dibenarkan mengemukakan soalan baru selagi soalan
sebelumnya tidak diselesaikan pengiraannya terlebih dahulu.
7. Permainan tidak boleh dimulakan sekiranya jumlah pemain
kurang dr 5 orang (tidak termasuk pemberi soalan)
8. Sebelum satu2 soalan dikeluarkan, pemberi soalan mestilah terlebih dahulu meminta
semua pemain yg ingin bermain soalan seterusnya untuk membuat post bertulis, 'CHECK IN'.
9. Sekiranya jumlah pemain yg membuat post 'CHECK IN' mencapai 5 orang,
soalan boleh dikeluarkan tetapi sekiranya selepas itu didapati ada pemain yg membuat post 'CHECK IN'
tidak ikut serta dlm permainan sehingga menyebabkan jumlah pemain kurang dr 5
maka soalan itu akan terbatal & pusingan itu tidak akan dikira.
10. Penyertaan pemain yg ikut serta dlm permainan tanpa membuat post 'CHECK IN'
dianggap tidak sah & jawapan yg diberi tidak akan dikira.
SISTEM POINT :
Pembuka Thread/Updater - 50 point
Pemberi Soalan/Tukang Kira - 30 point utk setiap soalan Pemberi Soalan/Tukang Kira (Forfeit) - 21 point utk setiap soalan terbatal
Pemain - 1 point utk satu perkataan yang diterima
PENGIRAAN KREDIT :
1 kredit bersamaan dgn 3 point
**

|